Mas Anizan bakal terima menantu sulung

Walaupun Mas Anizan pernah tenggelam dari dunia seni tanah air kerana mahu menumpukan perhatian kepada keluarga tetapi penampilannya tetap dinanti para peminat.

Setelah berpuluh tahun, Mas Anizan akhirnya membuat come back apabila muncul semula menerusi drama Sara Sajeeda.

Kini pelakon cantik yang sudahpun mencecah usia 40an ini bakal melalui satu lagi perubahan fasa kehidupan apabila puteri sulungnya bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi.

Anak sulung Mas Anizan hasil perkongsian hidupnya bersama Allahy4rham Dato Ali Bapoo,Mas Aliza telah dirisik kekasih hati pada 10 Oktober yang lalu.

“Dalam sedih akan melepaskan puteri sulung kepada keluarga baru, saya tetap gembira kerana doa yang selama ini dipanjangkan akhirnya dikabulkan. InsyaAllah saya yakin, bakal menantu akan menjaga Baby dengan baik,” ujar ibu kepada tiga cahaya mata ini.

Mas Anizan juga yakin bakal menantunya itu yang bekerja sebagai juruterbang mampu mengemudi kehidupan rumahtangga dengan baik.

Mas Aliza bersama arw4h bapanya

Selain Mas Aliza, wanita yang benar-benar awet muda ini mempunyai seorang lagi anak perempuan bernama Ariana Marissa dan anak lelaki, Mohd Masli Daniel Ali yang bergelar chef.

Tahniah buat Masa Anizan dan semoga urusan dipermudahkan.

 

 

 

 

 

Sumber:N0na