Hattan masuk hospital, injap jantung tersumbat

Penyanyi lagu Rendang Tak Berbuah, Datuk Hattan, 56, berada dalam keadaan stabil selepas mendapat rawa-tan berikutan injap jantung tersvmbat di sebuah pusat perubatan di ibu kota, baru-baru ini.

Memuat naik status menerusi laman Facebook, Dato’ Hattan memaklumkan dirinya kini berada dalam terkawal selepas tiga hari menerima rawa_tan.

Isterinya pula, Datin Arianie Mohd Abidin mengesahkan, keadaan kesihatan suaminya stabil dan tidak membimbangkan.

“Alhamdulillah, suami sudah boleh pulang ke rumah selepas tiga hari mendapat rawatan. Keadaannya juga semakin baik.

“Mengikut laporan pemeriksaan, suami berdepan dengan injap jantung yang tersvmbat. Dengan izin-Nya, insya-Allah boleh sembuh dengan makan ubat yang disyorkan dan tak perlu membuat ujian angiogram.

“Tahap kolestr0l tinggi, jadi kena dip4ntau dan dijaga. Bagus juga timbul kesedaran nak terus buat pemeri-ksaan lanjut apabila rasa tak kena pada peringkat awal,” katanya lagi.

Menurut Datin Arianie, suaminya mengadu sa-kit dada, sejak beberapa hari lalu.

“Suami rasa sa-kit pada bahagian dada dan tangan kebas. Tanpa membuang masa, saya terus membawanya mendapatkan raw-atan.

 

“Secara kebetulan, dalam sejarah keluarganya ada yang sa-kit jantung. Jadi, tak mustahil penya-kit yang sama boleh kena padanya,” katanya.

 

Katanya, dia kini juga umpama jururawat tidak bertauliah memantau pemakanan dan kesihatan suami.

“Makanan berminyak yang berkolestr0l tinggi tak boleh dimakan dalam kuantiti yang banyak. Saya kena pastikan suami makan pada tepat waktu. Bersenam juga kena titik beratkan.

“Saya kena bertegas dalam hal ini demi kebaikannya,” katanya.

 

 

 

 

 

 

Sumber:BH