Upload gambar berbasikal rentas sempadan di IG, pelakon wanita dita-han kerana ingkar PKPB

Tindakan seorang pelakon wanita bersama rakannya berbasikal merentasi sempadan di Jalan Gombak Lama ke arah Genting Sempah, pada 18 Oktober lalu,akhirnya mengundang p4dah apabila dia dita-han polis, semalam.

Ketua POlis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe memaklumkan pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu apabila artis wanita terbabit memuatnaik gambar dia sedang berbasikal di akaun Instagramnya pada pukul 3.14 petang semalam.

“Kami melihat ada satu gambar dimuat naik pada hantaran itu yang memaparkan dua wanita sedang berbasikal.

“Gambar itu diambil secara swafoto oleh pemilik akaun berkenaan yang juga artis wanita terbabit berusia 29 tahun itu.

“Berdasarkan gambar berkenaan, kami mengesyaki pemilik akaun berkenaan merentas negeri tanpa kebenaran pihak polis,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Arifai berkata, sias-atan awal mendapati kedua-dua wanita berkenaan bergerak dari rumah di Dutamas ke sebuah restoran berhampiran H0spital Orang Asli Gombak dan meletakkan kereta di kedai terbabit pada 7.45 pagi pada 18 Oktober lalu.

Beliau berkata, mereka kemudian berbasikal melalui jalan Gombak Lama ke arah Genting Sempah pada 8.30 pagi.

“Selepas berbasikal kira-kira 10 kilometer, mereka berpatah balik ke kenderaan dan bergerak ke Kuala Lumpur.

“Kedua-dua wanita terbabit ditahan ketika tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat P0lis Daerah (IPD) Gombak 8 malam tadi sebelum dibeb-askan dengan jamin polis,” katanya.

Menurutnya, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kaw-alan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikuatkuasakan bagi memastikan rantaian jangkit4n Covid-19 dapat dipvtuskan.

 

 

 

Sumber:BH