Farah Nabilah selamat lahirkan putera sulung

Alhamdulillah. Menerusi laman Instagramnya, pelakon Farah Nabilah mengesahkan yang dia telah selamat melahirkan bayi sulungnya semalam di sebuah pusat perubatan di Ampang, Selangor.

Farah yang menimang bayi lelaki ini bagaimanapun belum bersedia untuk berkongsi nama dan wajah anaknya.

“Assalamualaikum semua. Syukur Alhamdulillah Fawaa telah selamat melahirkan bayi lelaki sulung yang sihat pada pagi tadi, 22 Oktober 2020, 5 Rabiulawal 1442.

“Fawaa akan kongsikan nama and wajahnya bila tiba masanya ya,” tulis Farah atau lebih mesra dipanggil Fawaa.

Pemilik nama sebenar Farah Nabilah Saipuddin, 28, ini juga mengucapkan terima kasih buat semua yang mendoakannya.

“Terima kasih atas doa yang dititip untuk kami bertiga selama ini. Semoga Allah merahmati kita semua dengan kegembiraan terutamanya dalam keadaan macam ni. Be safe semua,” tulisnya lagi.

Farah mendirikan rumah tangga dengan juruterbang, Mohammed Amirul Yunus, 29 pada 20 Disember 2019. 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Wilayahku