PKPB dilanjutkan lagi di Sabah

Menteri Kanan Kese-lamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Perintah Kawa-lan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negeri Sabah yang dijangka tamat pada Isnin ini akan dilanjutkan lagi selama 14 hari.

Tempoh PKPB tersebut akan disambung semula bermula dari 27 Oktober sehingga 9 November depan.

“Ketika ini Kementerian Kesi-hatan (KKM) masih meneruskan saringan secara bersasar kepada
penduduk.

“Sehingga kini masih terdapat peningkatan kes positif yang tinggi dikesan dalam kalangan penduduk di seluruh Negeri Sabah,”katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Sehubungan itu, Ismail Sabri berkata, atas cadangan Majlis Kese-lamatan Negara (MKN) Sabah dan nasihat KKM, kerajaan bersetuju untuk melanjutkan PKPB di Sabah selama 14 hari lagi bermula Selasa ini sehingga 9 November 2020.

Sekadar info, sebanyak 889 k3s positif direkodkan di Sabah pada hari ini.

Kerajaan sebelum ini telah mengumumkan pelaksanaan PKPB di seluruh Negeri Sabah bermula 13 Oktober lalu sehingga Isnin ini.

 

 

 

 

 

Sumber:Kosmo