“Walaupun istimewa, Abang pandai berdikari, positif dan yakin”

Siapa yang tak kenal dengan pengarah, penerbit filem dan pelakon, Dr Ahmad Idham yang terkenal era-90an melalui drama bersiri popular iaitu ‘Cinta Antara Benua’ dan ‘Cinderella’.

Mendirikan rumahtangga bersama Amy Aziz pada tahun 1999, pasangan ini bahagia bersama empat orang anak yang masing-masing sudahpun berusia belasan tahun.

Namun sebagai manusia biasa pasangan ini juga tidak terkecuali daripada menerima ujian.

Anak sulung mereka, Ahmad Firdaus Ahmad Idham, 20, merupakan seorang anak istimewa. Ketika berusia dua tahun Ahmad Firdaus dise-rang sawan dan doktor mengesahkan dia mengalami focal encephalitis sehingga mengalami kesu-karan berjalan dan bertutur.

Ikuti perkongsian Amy mengenai kisah perjalanan hidup anak istimewanya itu.

“Sejak awal usianya Abang (panggilan kepada anak sulung) seorang anak yang aktif. Sehinggalah suatu hari dia mengalami saw-an ketika usia dua tahun yang menyebabkannya sukar berjalan dan bertutur. Sebagai ibu bapa, kami pastinya s3dih. Dalam tempoh dua tahun itu akademiknya tergaggu kerana banyak yang delay.

Menurut Amy, dia bertuah kerana mempunyai banyak support system iaitu keluarga dan teman-teman rapatnya.

Sehingga ke hari ini Ahmad Firdaus tidak pernah dike-cam atau dihi-na dengan keadaannya itu. Ahmad Firdaus bertuah kerana disayangi ramai orang.

Jelas Amy lagi,”Kami sentiasa memberikan yang terbaik buat Abang sama seperti anak-anak yang lain. Sebagai ibu, saya sentiasa ada untuk Ahmad Firdaus. Sekurang-kurangnya bila saya sudah tiada nanti saya dah tinggalkannya dalam keadaan selamat dan pandai berdikari.

Kini usianya sudah 20 tahun. Banyak perubahan positif berlaku pada dirinya seperti pandai berdikari, lebih berani dan yakin. Setiap perkembangan walau sedikit tetap menjadi kebanggaan kami.

Hanya ibu bapa yang memiliki anak istimewa saja faham keadaan seperti ini.

Ahmad Firdaus seorang yang bersungguh-sungguh untuk mendapatkan apa yang dia mahu. Semua perkara dianggap penting baginya.

Sehinggakan saya sering bercakap pada diri sendiri dan anak-anak yang lain “If only Abang is normal I’m sure he would be the smartest among all”

Anak-anak yang lain memang rapat dengan anak sulung. Kerana sejak kecil kami didik mereka saling menghormati, prihatin dan tak pandang rendah kepada orang lain. Tak semua keluarga bertuah dikurniakan anak istimewa seperti keluarga kami.

Sebagai ibu saya layan mereka seperti sahabat termasuk berkongsi cerita, pendapat mahupun masa_lah. Selalunya mereka lebih selesa dengan saya kalau berkongsi masa_lah atau meluah perasaan. Jika ada sebarang masalah berkaitan anak-anak, saya akan update kepada suami.

Sekarang ini kami ada banyak masa untuk mengaji dan solat berjemaah. Kami juga sering berpesan kepada mereka, kalau nak kesenangan di dunia jangan lupa Allah SWT. Harapan kami dapat melihat kejayaan mereka sebelum menutup mata.”

Dikurniakan anak istimewa juga telah mencetuskan idea Amy dan Ahmad Idham menubuhkan Eden Firdaus School pada Februari 2016.

Ia merupakan sebuah sekolah pendidikan khas dan terapi sempurna buat anak-anak istimewa (OKU).

“Sebelum ini kami menempatkan anak sulung di Saint Claire, Singapura pada tahun 2014. Dua tahun di sana kami nampak perkembangan positifnya. Dari situlah tercetusnya idea membina Eden Firdaus School. Ditambah pula dengan pengalaman saya yang hampir 20 tahun mengendalikan pusat jagaan dan pendidikan kanak-kanak.

Sekolah ini dikhususkan bagi mempersiapkan kanak-kanak istimewa ini menempuh dunia luar sekaligus menjadikan mereka seorang yang mampu berdikari tanpa perlu bergant-ung kepada orang lain.

Harapan kami agar Eden Firdaus School menjadi hab sekolah pendidikan khas terkemuka suatu hari nanti. Semoga usaha ini mendapat sokongan kerajaan.”

Sekadar info, Amy mempunyai latar belakang pendidikan awal kanak-kanak dan pernah menubuhkan Tadika Sinar Indah Montess0ri di Ampang sekitar 1998-2010.

Tiga lagi anak pasangan ini ialah Ahmad Aydeel, 16, Kintan Myra, 14, dan Ahmad Khaliff, 10.

Semoga keluarga ini terus sukses dan menjadi role model kepada ibubapa yang lain.

 

 

 

 

 

 

 

Sumber:Nona