Pelakon Adam Corrie Lee Abdullah, 52, mengakui dia kini kurang aktif di media s0sial apabila melihat ragam serta cara warganet memberikan komen.
Adam berkata dia takut sekiranya gagal mengawal emosi sekiranya terbaca kenyataan yang menyak-itkan hati dan mampu menggvgat iman.
“Saya jarang buka media s0sial sejak akhir-akhir ini. Takut baca cara orang sekarang ini berkomunikasi, memberi pandangan dan sebagainya.
“Risau bila baca, kita teremosi lalu mengeluarkan kata-kata yang tak elok ataupun terdetik di hati berkata bukan-bukan. Sia-sia dapat dosa tanpa kita jangka dan yang boleh dielakkan.
“Iman kita ini bukan sentiasa di atas. Sentiasa berbolak-balik,” ujar pelakon KL Gangster itu lagi.
Adam juga risau sekiranya kenyataan yang dikeluarkan mampu menga1bkan sesiapa disebabkan berasakan pendapat diri sendiri saja yang betul.
“Risau juga apabila kita ingat nak nasihat atau ingatkan orang tapi adab kita salah kerana memalvkan atau jatuhkan air muka orang lain.
“Apa yang dalam fikiran dan pandangan kita sahaja betul. Itulah salah diri kita, melupakan adab dalam berkomunikasi dan bersahabat,”
Sekadar info, Adam Corrie Lee dulunya seorang atheis sebelum memeluk Islam pada tahun 2007.
Sumber:HM