Selepas bergelar juara,Khabib umum bersara

Selepas mempertahankan kejuaraannya dengan menewaskan petarung Amerika Syarikat, Justin Gaethje,Khabib Nurmagomedov membuat kejutan apabila mengumumkan yang beliau akan bersara daripada sukan MMA.

Memberikan ucapan susulan kemenangan pusingan kedua dalam acara utama UFC 254, Khabib mengumumkan berita persaraan tersebut secara langsung.

Pemain Rusia berusia 32 tahun itu mengucapkan terima kasih kepada pasukannya tetapi menegaskan bahawa beliau tidak akan kembali ke UFC tanpa arw4ah bapanya, Abdulmanap.

Bapa Khabib mening-gal dunia pada Julai lalu di sebuah hospital di Moscow, Rusia setelah mengalami k0mpikasi kesih-atan kerana Covid-19.

Dalam acara utama UFC 254 di Abu Dhabi pada Ahad waktu tempatan, pusingan pertama menyaksikan ketangkasan Khabib begitu sukar untuk ditandingi oleh Gaethje.

Pada pusingan kedua, Khabib berjaya membuat ‘takedown’, merebahkan lawannya itu ke kanvas Octagon.

Menurut Khabib lagi, beliau telah berjanji dengan ibunya bahawa ia merupakan pertarvngan terakhirnya.

“Hari ini saya mahu katakan adalah hari terakhir saya bertarung di UFC. tak mungkin saya ke sini tanpa ayah saya.

“Bila UFC memanggil saya (untuk bertarvng) dengan Justin, saya telah berbincang dengan ibu saya selama tiga hari.

“Saya telah berjanji dengan ibu, ini pertarvngan terakhir saya. Jika saya sudah berjanji, saya mesti tunaikan. Ini pertarvngan terakhir saya,” katanya.

Juara bertahan lightweight UFC itu mempunyai rekod dengan 29 kemenangan tanpa kalah.

 

 

 

 

 

 

Sumber:mstar