Ameer Sofazr jadi ayah selepas 5 tahun

Sabar itu indah.

Buat vokalis kumpulan Sofazr, Ameer rezeki untuk mendapatkan cahaya mata akhirnya diperke-nankan oleh Allah SWT selepas 5 tahun menanti.

Ameer atau nama sebenarnya, Amir Mahiyidin memaklumkan isterinya, Saidatul Nazriah Abdul Latif selamat melah-irkan anak pertama mereka semalam.

Berita menggembirakan itu dik0ngsikan Ameer, 37, atau nama sebenarnya Amir Mahiyidin menerusi akaun Instagram miliknya.

Bayi perempuannya seberat 3.1 kilogram itu selamat dilahirkan pada pukul 7.40 petang semalam.

Ameer juga meluahkan rasa syukur kerana pr0ses kelahiran puteri sulungnya itu  berjalan dengan lancar dan mengucapkan terima kepada mereka yang mendoakan kesejahteraan buat isteri dan cahaya matanya. 

Menggunakan tanda pagar #penantian5tahun, Ameer menulis: “Insya-Allah dengan rezeki & amanah yang diberikan oleh-NYA, akanku jaga sepenuh hayat.”

Bagaimanapun, setakat ini Ameer belum lagi mende-dahkan wajah dan nama anak perempuannya kepada umum.

Ameer dan isteri mendirikan rumah tangga dengan Saidatul Nazriah Abdul Latif pada Januari 2015. 

 

 

 

 

 

 

Sumber: KOSMO