Ini puncanya Bagio Damasutra terlibat kemalagan jalan raya

Malag tidak berbau. Penyanyi dan pelakon Bagio Damasutra pat-ah bahu kiri dan lvka di kening dan bibir selepas terlibat dalam kemalagan ketika melakukan aktiviti berbasikal di Desa Pandan, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian itu, Bagio, 49, atau nama sebenarnya Bahagia Daharun berlaggar dengan sebuah kereta di satu simpang tiga.

Bagio yang popular dengan lagu Umpama Mimpi Dalam Mimpi bersama kumpulan Damasutra berkata, ketika itu dia dalam perjalanan dari rumahnya di Pandan Jaya untuk aktiviti berbasikal bersama rakan-rakan yang lain di Taman Setiawangsa.

“Saya sebenarnya mengalami titik bvta (blind spot). Ketika nak keluar dari kawasan lorong perumahan dan tiba di simpang tiga Desa Pandan, saya tak perasan kehadiran kereta dan kami berlanggar. Sukar untuk kata sama ada kami sama-sama laju tapi impaknya saya tercampak dan tayar tercabut dari basikal,” jelasnya.

Bagio berkata dia dalam keadaan sedar dibantu pemandu kereta terbabit dan orang ramai.

“Ketika itu topi keledar masih di kepala saya. Sebaik topi keledar dibuka, saya dapati ada luka dan pendar-ahan di kening kiri.

Bibir juga pec4h. Saya juga sempat menghubungi isteri memaklumkan perkara ini, manakala pemandu tadi bawa saya ke klinik. Tak lama kemudian isteri saya tiba dan bawa saya ke H0spital Ampang,” katanya.

Hasil pemeriksaan lanjut mendapati bahu kiri Bagio pa-tah satu bahagian.

“Doktor pakar kata tak perlu masuk besi kerana ia akan pulih sendiri. Mereka juga buat imbasan X Ray di kepala dan mendapati tiada he-ntakan atau dar-ah beku. Ia mungkin kerana saya pakai topi keledar yang berkualiti dan tahan lasak.

Setelah selesai diratwt sekitar jam 10.30 malam,Bagio dibenarkan balik dan dinasihatkan supaya berhat dari sebarang aktiviti selama 3-6 bulan untuk benar-benar sembuh.

Bagio berkata, ini kemalangan pertama membabitkan keced-eraan serius dialaminya sepanjang enam tahun aktif dalam aktiviti berbasikal.

“Saya reda dengan apa yang berlaku. Selama ini pun memang saya berhati-hati tapi apakan daya benda nak jadi. Bagaimanapun isteri tak larang untuk saya terus aktif selepas ini,” katanya.

 

 

 

Sumber:HM