Farah Nabilah umum nama anak, namun lain yang tarik perhatian netizen

Menunaikan janji pada semua, pelakon Farah Nabilah Saipuddin, 28, akhirnya mengumumkan nama putera sulung nya di laman Instagramnya.

“My precious, Andre Omar bin Mohamed Amirul. Ya, semua makanan yang saya pesan melalui perut mommy pergi ke pipi saya,” demikian tulis pelakon Farah Nabilah Saipuddin, 28, yang berkongsi nama putera sulungnya selepas enam hari melahirkan selain bergurau mengenai wajah tembam si kecil ini.

Dalam entri tersebut, Farah juga berkongsi sebahagian wajah anaknya.

Rata-rata pengikut dan rakan selebriti turut mengucapkan tahniah namun tumpuan lebih kepada pipi Andre yang gebu itu ! 

Untuk makluman, Farah dan suami yang juga juruterbang, Mohammed Amirul Yunus selamat diijabkabulkan pada 20 Disember lalu di Mutiara Ballroom, Royale Chulan Damansara.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: myartis