3 tahun menduda, Adam Shahz dah jumpa pengganti

Setelah tiga tahun berpi-sah dengan pelakon Fatin Afeefa, pelakon Adam Shah sudahpun menemui pengganti bekas isterinya itu.

Perkara itu dikongsi sendiri oleh tuan punya badan dalam Instagramnya baru-baru ini.

Dalam perkongsian tersebut, Adam memuat naik beberapa video yang memaparkan wajah wanita tersebut.

Bagaimanapun Adam tetap berahsia dengan mengkaburkan wajah kekasih hatinya itu.

Amboi, pandai ya. Nak tunjuk tapi bagi sikit-sikit sahaja. Sengaja bagi netizen tertanya-tanya siapa gerangan wanita bertuah itu.

Rata-rata pengikutnya di Instagram turut teruja dengan perkongsian berita gembira itu. Iyalah, sudah menduda selama beberapa tahun dan kini kesepian terisi dengan kehadiran seorang wanita.

Jangan tuggu lama-lama Adam. Semoga urusan mengakhiri zaman solo dipermudahkan.

 

 

 

 

Sumber:Kosmo