Sah! Neelofa bakal suri PU Riz tahun depan

Tiada lagi teka-teki.

Ibu pengacara Neelofa, Noorkartini Noor Mohamed akhirnya mengesahkan anak perempuannya telah dirisik Pu Rizz melalui muat naik foto dan kemas kini di akaun Instagramnya, sebentar tadi.

Kartini mengatakan diirnya bahagia kerana Neelofa sudah menemukan insan istimewa yang bakal membimbing bidadarinya.

 

Bismillahhirohmanirohim
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.. syukur ku padamu Ya Rabb .. saat yang ku tunggu2 dah pun tiba, kau hadirkan insan istimewa yg bakal membimbing bidadari kesayangan ku.. aku yakin dgn ketentuanmu, yang mana insan ini dapat membahagiakannya, dapat menyerikan dan melengkapi hidupnya,yang akan menyokong setiap apa saja urusan nya..

“Ya Allah jadilah mereka penyebab kami menjadi tetamu istimewamu disyurga mu nanti .. amiinn

@neelofa ku sayang, jantung hatiku, intan permataku, setiap detik dan setiap saat mama mendoakan yang terbaik untuk mu sayang .. mama love you very much,” tulis Kartini.

Sebelumnya, di laman s0sial beberapa foto Neelofa dan PU Rizz bersama tetamu yang hadir ke rumah keluarganya menimbulkan spekulasi bahawa ada majlis yang diadakan.

Awani juga melap0rkan sumber memberitahu PU Rizz merisik Neelofa selepas menunaikan solat Asar bersama.

Pasangan sama cantik sama padan ini difahamkan bakal menikah sekitar Mac 2021.

Instagram: @noorkartini

 

 

 

 

 

 

Sumber:Gempak