Foto menarik sekitar majlis merisik Neelofa dan PU Riz

Umum sudah pun mengetahui selebriti dan usahawan ternama, Neelofa telah menerima kunjungan keluarga PU Riz bagi menyempurnakan acara merisik yang berlangsug semalam.

Majlis yang diadakan secara sederhana itu hanya dihadiri oleh keluarga terdekat pasangan berkenaan mengikut SOP yang ditetapkan ketika musim p4ndemik ini.

Sumber keluarga pasangan berkenaan memberitahu, Neelofa yang telah berniqab menerima sebentuk cincin sebagai tanda dia sudah disunting.

Sebelum majlis merisik diadakan di sebuah kediaman di Taman Tun Dr Ismail, di sini itu, seluruh anggota keluarga pasangan berkenaan terlebih dahulu menunaikan solat Asar yang diimamkan oleh PU Riz.

Sumber yang turut menghadiri majlis merisik itu memaklumkan, keluarga kedua-dua pihak juga menyerahkan kepada Neelofa dan PU Riz untuk menentukan perancangan perkahwinan mereka termasuk jumlah hantaran.

Hubungan akrab Neelofa atau nama sebenarnya Neelofa Mohd Noor, 31, dan PU Riz atau Muhammad Haris Mohd Ismail, 25, dih1du oleh media sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Bagaimanapun, baik Neelofa yang juga pengasas syarikat Naelofar Hijab dan Nilofa Group mahupun PU Riz cuba mengel-ak ketika ditanya mengenai hubungan akrab mereka.

Kedua-dua mereka sering dilihat bekerjasama dalam pelbagai program keagamaan selain aktif dalam kerja-kerja kebajikan Pertubuhan Kasih Neelofa yang diasaskan selebriti wanita yang mempunyai lapan juta pengikut di akaun Instagram.

PU Riz merupakan salah seorang peserta program Pencetus Ummah pada 2016 dan merupakan seorang pendak-wah bebas serta pelakon.

Pasangan ini bakal disatukan pada Mac tahun depan.

Mari kita lihat sedikit sebanyak momen bahagia selebriti kesayangan ramai ini.

 

Tahniah sekali lagi  buat Neelofa dan PU Riz.

 

 

 

 

 

 

Sumber/Foto:Awani, IG Lofa page