Bekas suami kepada jutawan kosmetik Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali Datuk Seri Vida, memfailkan permohonan hadanah atau hak penjagaan terhadap dua anaknya di Mahka-mah Tinggi Sya-riah di sini.
Peguam Mohd Zaki Zainal Abidin yang mewakili bekas suami usahawan itu, Mohd Amin Yasin, 42, berkata permohonan itu difailkan 21 Okt lepas, bagi menuntut hak lawatan, bermesra serta bermalam bersama anak-anaknya iaitu Nur Edlynn Zamileen Mohd Amin atau lebih dikenali dengan panggilan ‘Cik B’, 15, dan Muhammad Eric Zecquan Mohd Amin, atau nama panggilan ‘Kacak’, 13.
“Tuntutan ini bukannya hendak mengambil hak penjagaan sepenuhnya. Ia dibuat kerana kerinduan lama yang ditanggung seorang bapa kandung yang tidak dapat bermesra dengan anaknya. Bapa (Mohd Amin) juga tidak dapat berjumpa dengan anaknya hampir dua tahun dan terpaksa mendapatkan permohonan di mahkamah,” katanya.
Mohd Zaki memaklumkan perkara itu kepada pemberita selepas prosiding pengurusan k3s di hadapan Hakim Mahka-mah Tinggi Sya-riah Datuk Abu Bakar Abdullah Kutti, hari ini.
Walaubagaimanapun,mahkamah menetapkan sebutan semula k3s pada 25 November ini dengan memerintahkan kehadiran plaintif, defendan serta kedua-dua anak mereka pada tarikh berkenaan.
Untuk makluman, prosiding pada hari ini tidak dihadiri oleh Vida, 49, selaku defendan.
Sementara itu, Mohd Amin ketika ditemui mendak-wa sudah hampir dua tahun dia tidak dapat berjumpa mahupun bersua muka dan meluangkan masa bersama Cik B dan Kacak, sejak dia mendirikan rumah tangga bersama isteri baharu pada November 2018.
“Selepas bercer-ai (dengan Vida) saya ada berjumpa dengan anak-anak di rumah mereka di Meru, Ipoh, Perak, tetapi itu pun jarang-jarang mungkin dalam dua atau tiga bulan sekali dan ada terpaksa cvri-cvri jumpa di luar pagar rumah. Bila mesej dan telefon tidak dibalas atau dijawab panggilan,” ulas peniaga kedai makan itu.
Untuk rekod, Mohd Amin berkahwin dengan Datuk Seri Vida pada tahun 2000 dan mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Muhammad Eddie Zuhdie, Muhammad Edrie Zikrie, Edlynn Zamilleen dan Muhammad Eric Zaquan.
Bagaimanapun, Muhammad Eddie Zuhdie, 11, dan Muhammad Edrie Zikrie,10, mening-gal dunia dalam kejadian kebak-aran di rumah Datuk Seri Vida di Meru Hill, Ipoh tiga hari sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2013.
Semoga ada jalan pendamaian bagi kedua-dua ibu bapa ini.
Siapa yang tak sayang anak!
Sumber: Wilayahku