6 petugas Parlimen termasuk media positif C0vid19

Seramai enam kakitangan yang bertugas di Parlimen telah disahkan positif C0vid-19 pada Isnin menurut Ketua Pengarah Kesih-atan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Ia melibatkan empat anggota polis bantuan manakala seorang kontak rapat kepada salah seorang daripada mereka.

Menurut Dr Noor Hisham lagi, KKM sudah melakukan ujian sarin-gan tiga hari sebelum persidangan di Parlimen.

Menerusi pegesanan kontak rapat, tiga lagi rakan setugas polis bantuan terbabit turut positif dan isteri salah seorang daripada mereka turut dijang-kiti.

Katanya lagi, dua kes lagi masing-masing melibatkan seorang individu yang berurusan dengan media dan pegawai khas kepada seorang ahli Dewan Negara.

“Kami sudah melakukan ujian sari-ngan terhadap tujuh ahli keluarganya (petugas media). Keputusan masih belum diperolehi.

“Pembantu senator juga positif. Kami sudah kenal pasti 12 ahli keluarganya dan mereka sudah dikuarantin,” jelas Dr Noor Hisham.

Ahli Dewan Negara yang juga bekas personaliti televisyen, Ras Adiba Radzi juga menge-sahkan salah seorang pegawai khas yang juga adiknya turut didapati positif Covid-19.

Beliau mengesahkan adiknya itu sedang dira-wat di H0spital Sungai Buloh, sementara ahli keluarganya yang lain sedang menunggu keputusan uji-an saringan.

Susulan itu, hari pertama persidangan Dewan Rakyat bagi sesi Mesyu-arat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-14 telah dipendekkan sehingga jam 1 tengahari sahaja.

 

 

 

 

 

 

Sumber:mstar