Kisah Neelofa dan PU Riz tarik perhatian ahli politik, Dyana Sofia

Baru-baru ini, seorang pengguna twitter mengeluarkan kenyataan tidak sensitif terhadap usahawan dan personaliti popular Neelofa dengan memuat naik status di akaun Twitter miliknya memberi gambaran bahawa Neelofa yang kini berusia 31 tahun ‘tak laku’, dan akhirnya memilih lelaki lebih muda.

” Jadi Neelofa, 31, telah bertunang dengan PU Riz, 25, dengan perbezaan umur 6 tahun lebih muda. Ini membuktikan bahawa wanita di luar sana mempunyai masa yang terhad . Pada suatu masa, kau akan tak laku bila sudah berusia. Sebab itulah, mak-mak tanya bila nak kahwin, bila nak kahwin”- katanya.

Akibat ciapan itu, dia mendapat krit1kan daripada netizen termasuk ahli politik Malaysia dan peguam Dyana Sofia.

Beliau yang menggunakan nama @dyanasmd di akaun Twitter membi-das pendapat pengguna twitter ini dan mendak-wa ia sebuah pandangan yang ternyata lapuk. Kerana apa yang dimiliki oleh Neelofa adalah yang terbaik. Kerana Neelofa sendiri yang membuat untuk kehidupannya dan itulah hal yang terpenting.

“Idea dia untuk dapatkan Putera Impan bukan milik anda. Waktu yang tepat untuk dia berkahwin, tidak sama dengan garis masa tepat yang anda dakwa.

Tetapi pilihan hatinya ternyata lebih baik. Kenapa? Kerana itu adalah keputusannya mengenai kehidupannya sendiri dan itulah yang paling penting.

Yang ‘tidak laku’ adalah pendapat lapuk anda”

Netizen yang lain turut menasihati pengguna twitter ini untuk menarik semula kenyataan terbabit namun tanpa rasa bers_alah dia mempertahankan tindakannya. Walaubagaimanapun, tidak lama selepas itu, tweet ini telah dipadam.

Pengguna Twitter, @shashawl berkata “Jadi nak cakap Neelofa tak dapat ‘prince charming’ ke? bro, she IS the prince charming, he’s so lucky to have her….”

Manakala pengguna Twitter, @qupoton berkata “Sangat lucu apabila saya membaca seseorang berkata “Neelofa dah tak laku” sangat lucu lah! Dia adalah Neelofa, di mana kau sendiri pun belum tentu dapa capai tahap dia, sebab pencapaian yang dia dapat dan apa yang dia ada. Walaupun dia pakai niqab pun ramai nak dia sebab nama dia.”

Haa…tu lah dia, jangan main-main dengan Neelofa. Orang baik ramai yang sayang tau.  

Hati-hati bila melontarkan pendapat, takut termalu sendiri .

 

 

 

 

 

 

Sumber:murai