Sakit mata kr0nik Suhaimi Saad ada kaitan dengan sihir,bukan minta simpati

Bekas penyanyi nasyid Suhaimi Saad tidak menolak ada unsur gagguan s1hir berikutan mas-alah sakit mata kronik yang dihidapinya sejak setahun lalu.

Menurut Suhaimi, perkara tersebut dikesan oleh ustaz yang merawat masalahnya sebelum ini.

“Kalau berjumpa doktor, mereka akan buat imbasan berdasarkan fakta saintifik. Apabila merujuk kepada ustaz, memang ada kemungkinan berkaitan dengan unsur-unsur itu. Wallahualam.

“Saya percaya adanya ilmu sihir dan santau tetapi saya juga berikhtiar se-cara rawatan fizikal dan rohani. Saya juga percaya kepada ubat-ubatan,” dedah Suhaimi ketika muncul dalam siaran langsung menerusi Instagramnya pagi semalam.

Suhaimi juga turut menegaskan tudu-han sesetengah pihak yang mend-akwa pendedahan tentang masalah kesihatan yang dilaluinya itu dibuat bertujuan untuk meraih simpati orang ramai adalah tidak tepat.

“Ada yang kata saya mahu tag-ih simpati. Tidak, itu semua bohong. Memang betul mata saya masih nampak dan boleh membaca tetapi sangat terhad.

“Mata saya tiada katarak atau selaput. Mungkin Tuhan bataskan penglihatan untuk menghalang daripada melihat perkara bukan-bukan,” katanya yang kini terpaksa meminta bantuan anak-anak untuk membaca.

Suhaimi juga terpaksa dibantu isteri, Nordiana Mat Naim, 35, atau Ina Naim dalam urusan seharian kerana dia menggunakan tongkat untuk berjalan.

 

 

 

 

Sumber:Kosmo