Vaksin Covid19 untuk cegah jagkitan, bukan memulih

Vaksin COVID-19 yang dijangka mula diperoleh pada suku pertama tahun hadapan, bukan untuk mera-wat jagkitan virvs tersebut tetapi untuk mence-gah atau melindungi diri

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Prof Datuk Dr Subramaniam Muniandy, berkata apabila vaksin itu disvntik ke dalam tubuh manusia, ia akan membantu meningkatkan imuniti sistem badan bagi melaw-an peyakit.

“Oleh itu, petugas barisan hadapan seperti doktor dan jururawat akan diberi keutamaan untuk mendapatkan vaksin itu, kerana mereka adalah individu yang paling dekat, terdedah, serta mempunyai risiko tinggi, ketika berhadapan dengan pesakit positif COVID-19.

“Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada minggu lalu sudah memaklumkan bahawa setiap negara akan memperoleh vaksin itu tanpa mengira status negara maju atau tidak,” katanya kepada pemberita selepas menerima sumbangan untuk Tabung COVID-19 MMA Sabah di Bangunan MMA di sini, hari ini.

Oleh kerana vaksin tersebut agak mahal, Subramaniam berkata tidak semua mampu membelinya,maka ia bergantung kepada peruntukan kerajaan dalam memastikan semua rakyat mendapat vaksin itu.

Sehingga kini, MMA sudah menerima sejumlah RM4.5 juta sumbangan berbentuk peralatan perubatan dan wang tunai untuk Tabung COVID-19 MMA Sabah. Daripada jumlah itu, RM3.5 juta sudah disalurkan untuk kegunaan di Sabah ketika ini.

 

 

 

Sumber:BH