Bukan biasa-biasa, padanlah pakaian Tengku Zafrul jadi perhatian netizen, terutama beg kelabu tu!

Masih lagi corat-coret sekitar Belanjawan 2021 ,tetapi bukanlah mengenai peruntukan yang telah disediakan kerajaan, sebaliknya ‘tabiat’ sebahagian rakyat yang prihatin dengan gaya Menteri Kewangan ini.

Seperti yang dipetik menerusi laman media Astro Awani,Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sendiri tidak menyangka busana baju Melayu yang digayakan ketika membentangkan Belanjawan 2021 Jumaat lalu menjadi perhatian.

Ujar Tengku Zafrul, pakaian tersebut dipakai ke Dewan Rakyat untuk hari yang bersejarah iaitu pembentagan pertama beliau sebagai Menteri Kewangan.

“Saya tak sangka mereka akan fokus pada pakaian saya. Seperti saya sebut dalam ucapan Belanjawan 2021, samping saya itu dari Penj-ara Penor (Kuantan, Pahang).
“Ban-duan yang mengusahakan sampin tersebut (jadi) saya nak sokong perusahaan itu,” katanya lagi. 

Pada masa sama, Senator Dewan Negara itu memberitahu, songkok yang dipakai beliau pula adalah hasil kreativiti seorang penerima bantvan Geran Khas Prihatin.


“Songkok daripada seorang penerima Geran Khas Prihatin yang berasal dari Terengganu, jadi saya nak bantu mereka.

Namun yang paling menarik perhatian umum ialah beg yang diisi teks Belanjawan 2021 itu.

Tengku Zafrul dilihat tidak menggunakan beg bimbit berwarna hitam yang sudah menjadi tradisi, sebaliknya beliau hanya menggunakan sebuah beg sampul berwarna kelabu.

Menurut Tengku Zafrul, beg sampul itu adalah beg kitar semula yang diperbuat daripada tali piggang kesela-matan, dan beliau meggunakannya untuk membuktikan kelestarian barangan tempatan. 

Terbaiklah Tengku!

 

 

 

 

 

 

Sumber:Awani