“Impian Allahy4rham Mohd Irfan nak terbit filem penerbangan tak kesampaian “- Esma Daniel

Jodoh pertemuan ajal dan mavt memang di tangan sang Pencipta.

Syarat m4ti itu bukannya sakit. Bila tiba masanya, kita tetap akan ‘pergi’ tanpa lewat sesaat pun. 

PEMERGIAN mengejut Mohd Irfan Mohamed Rawi, yang merupakan salah seorang magsa na-has helikopter di Taman Melawati, Ampang, Selangor pada pagi Ahad semalam telah memberi kesan kepada aktor Esma Daniel.

Masakan tidak kerana menurut Esma, 51, dia ada bertemu ar-wah pada Ogos lalu untuk berbincang mengenai perancangan menerbitkan sebuah filem berkaitan dunia penerbangan.

Kata Esma, mereka sepatutnya bertemu buat kali kedua pada minggu lalu namun tidak kesampaian berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berkuatkuasa sejak awal Oktober lalu.

“Bulan Ogos yang lalu kami berbincang untuk membuat filem mengenai helikopter… Arw4h Irfan sangat teruja dan dalam masa sama saya akan menyediakan naratif cerita bagi menghasilkan sebuah filem aviation.

“Minggu lepas arw4h ada ajak untuk bertemu tapi saya tangguhkan selepas habis PKPB… PKPB ini sedikit sebanyak melambatkan usaha melaksanakan projek kami ini,” katanya.

Esma berkongsi mengenai perancangan Allahy4rham Irfan untuk menerbitkan filem ini menerusi laman s0sial Facebook.

Dalam hantarannya itu, dia turut berkongsi sekeping foto yang dimuat naik Irfan semasa pertemuan mereka pada Ogos lalu.

“Bikin filem dengan bro Esma Daniel. Perut tak sempat nak sorok,” tulis Irfan pada status foto berkenaan.

Sementara itu, Esma turut mengagumi kehebatan arw-ah dalam dunia penerbangan dan mendoakan supaya roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Bukan itu sahaja, menurut Esma, Allahy4rham Irfan merupakan di antara orang pertama yang menerbangkan drone di Malaysia.

“Semoga Arwh disemadikan bersama para syuhada. Salam takziah dari saya buat keluarga dan rakan-rakan,” ujarnya.

Dalam nahas itu, seorang lagi magsa yang terk0rban dikenal pasti sebagai Mohamed Sabri Baharom, 56.

Punca nahas masih belum dikenal pasti tetapi laporan awal menyebut dua helikopter terbabit dipercayai bertembung di udara sebelum helikopter yang dinaiki Mohd Irfan dan Mohamed Sabri terhempas.

Sementara itu, bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Penerbangan Malaysia Bhd (MAS) Datuk Ahmad Jauhari Yahya terselamat dalam kejadian nahas tersebut.

Ahmad Jauhari dan seorang lagi yang terselamat, Tan Chai Eian, 51, berada di dalam helikopter yang berjaya mendarat dekat sebuah sekolah Tamil berhampiran lokasi kejadian.

 

 

 

 

 

Sumber:mstar