Demi satu nyawa, Abby rentas negeri tengah malam

Demi anak yang tidak berd0sa!
Pelakon Abby Abadi cukup terkenal dengan mis1 kemanusiaannya dalam membantu menyela-matkan bayi terbuag dan menyerahkan kepada insan yang mahu mengambilnya sebagai anak agkat.

Terbaharu, Abby atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abdul Manan, 43, berkogsi berita gembira apabila dapat menyelamatkan seorang lagi bayi yang ingin dibuag di Kota Bharu, Kelantan.

Bayi tersebut kemudian diserahkan Abby kepada keluarga angkatnya di Kuala Terengganu, Terengganu.

“Alhamdullillah Syukur. Suami saya berjaya bawa kereta dari Kota Bharu 11.30 malam, sampai ke Kuala Terengganu pukul 1.30 pagi. Kuat betul kesayangan saya ni, saya mengantvk dah, tapi tidur-tidur ayam sahaja sebab pegang baby kan.

“Berjaya memberi kebahagiaan kepada sepasang lagi pasangan yang belum dikurniakan anak walaupun sudah 10 tahun mendirikan rumahtangga,” katanya menerusi satu entri di Instagram.

Cerita Abby, pasangan tersebut sudah berdepan tiga kali kegu-guran dan akhirnya dikurnikan juga anak walaupn dengan cara yang berbeza. 

“Saya nasihatkan usahalah untuk susukan. Ambillah suntikan atau makan ubat asal bayi dapat menyusu sekurang-kurangnya lima kali kenyang yea. Senang nanti bila besar,” ujarnya.

Sehingga kini, menurut Abby, dia sudah berjaya membantu lebih 30 pasangan untuk mendapatkan anak agkat.

 

 

 

Sumber:Gempak