Selepas Azura, kini Dato’ Jamal Abdillah ada Zack

Impian penyanyi legenda tanah air, Datuk Jamal Abdillah, 61, untuk memiliki ‘Zack’ menjadi kenyataan apabila isterinya, Datin Zai Izzati, 25, selamat melahirkan anak kedua mereka pada jam 4.01 petang di sebuah pusat perubatan di Ipoh, Perak.

Bayi lelaki seberat 3.05 kilogram dinamakan El Issac Yamani atau Zack dilahirkan secara pembe-dahan.

Dato’ Jamal juga mengucapkan terima kasih kepada semua peminat yang memberi ucapan tahniah kepada beliau dan isteri.

Datin Zai Izzati sepatutnya bersalin pada 17 November, namun mereka memilih untuk melakukan pembedahan pada 11.11.2020 kerana tarikhnya yang istimewa.

Kebetulan, anak sulung mereka ,Nur Zura Yamani lahir pada 10.10.2019.

Terdahulu, Jamal pernah melahirkan hasratnya untuk menamakan anak keempatnya sebagai El Issac Yamani atau dipanggil Zack sebagai pelengkap kepada anak perempuan tunggalnya Nur Azura Yamani atau Azura.

“Kenapa saya pilih nama itu. Ini kerana panggilan hari-hari nanti adalah Zack sempena watak yang pernah saya lakonkan dalam filem Azura. Saya memang pilih ejaan Issac tetapi sebutan Melayunya ialah Ishak sempena nama nabi”

Jamal bernikah dengan Zai Izzati, 25, pada 1 April 2017. Beliau turut memiliki dua anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Osama Yamani, 18, dan Ahmad Zaki Yamani, 13.

 

 

 

 

Sumber:HM