“Jangan lupa saya sebagai pengacara kalau saya sudah tiada lagi dalam dunia ini” -Azwan Ali

KALI terakhir kemunculan  Azwan Ali mengendalikan program hiburan terbitan TV3 sebagai pengacara  ialah sekitar satu sedekad lalu.

Siapa sangka setelah sekian lama, tahun 2020 menyaksikan kemunculan semula Azwan sebagai pengacara di stesen televisyen tersebut menerusi program realiti, Lagu Cinta Kita musim kedua bergandingan dengan Elly Mazlein.

Ternyata f0rmula TV3 mengambil Azwan sebagai pengacara memang menjadi. Ramai dalam kalangan peminat menyambut baik kemunculan pemilik nama lengkap Mohamed Azwan Ali itu.
Azwan, 54, juga tanpa segan mengakui teramat merindukan peminatnya.

Biarpun bertalu-talu perkataan k3sat terletus dari bibirnya dalam s0sial media, pengacara tersohor yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang daripada Universiti Malaya itu menzahirkan sesuatu yang berlainan apabila muncul dalam televisyen sekaligus menampakkan sisinya sebagai pengacara masih relevan.

“Sejujurnya, saya hanya tidur sejam sahaja sehari sebelum Lagu Cinta Kita bersiaran. Saya khuatir memikirkan bagaimana sambutan peminat.

“Konsep hidup saya mudah. Tak hidup dek dipuji tak m4ti dek ke-ji. Peminat suka, saya pun suka dan itu memberi motivasi kepada saya untuk buat yang lebih baik pada masa akan datang,” katanya lagi.

Ditanya apa reaksinya apabila khalayak gembira dengan imej profesionalnya selaku pengacara dalam program realiti menggandingkan dirinya dengan Elly Mazlein, hanya satu pintanya daripada peminat.

Azwan memohon orang ramai tidak melupakan sumbangannya dalam dunia pengacaraan kerana dia cukup sedar ramai khalayak membe-nci dirinya.

Bertahun-tahun saya dihi-na dan marvah dipijak. Zaman saya sebagai pengacara sudah habis. Saya bukan g1la glamor tetapi satu saya mohon, jangan lupakan sumbangan saya sebagai pengacara terutama program Juara Lagu.

“Saya tidak minta dihargai cuma jangan lupa saya merupakan perintis acara berprestij itu yang kini dikenali sebagai Anugerah Juara Lagu. Jangan lupa jasa saya kalau suatu hari nanti, saya sudah tiada lagi dalam dunia ini,” tegasnya berulang kali.

Mengulas lanjut, Azwan mempunyai alasan tersendiri berhubung persetujuan menerima tawaran TV3 mengacara program Lagu Cinta Kita.

Selain bayaran yang lumayan, dia juga rindu beraksi dalam televisyen.

“Bukan sebab saya sudah tiada duit tetapi bayaran yang ditawarkan agak lumayan. Rugi kalau saya t0lak tetapi pada masa sama, saya rindukan peminat yang banyak menyokong.

“Saya terima juga sebab Datuk Khairul Anwar Salleh turun padang berjumpa dengan saya. Jujur saya katakan, tiada latihan sangat pun program ini. Skrip pun banyak yang saya tambah-tambah. Saya pun sangat seronok bekerja dengan Elly Mazlein.

“Saya p0tong rambut untuk program ini atas kerelaan sendiri. Tiada arahan atau paksaan daripada mana-mana pihak,” katanya.

Sebelum menutup perbualan, Azwan berkata, dia juga bersedia untuk kembali mengacarakan Anugerah Juara Lagu jika itu dimahukan ramai.

Ujarnya, jika TV3 sudi mengambilnya mengacarakan acara berprestij berkenaan, dia juga tidak akan keberatan.

Kali terakhir beliau mengacarakan program itu ketika masih dikenali sebagai Juara Lagu ialah pada tahun 1995.

Azwan juga mengaku yang dia sebenarnya rindu untuk beraksi acara yang begitu sinonim dengan dirinya,.
“Kalau saya kembali mengacara, pasti AJL35 akan meletvp. Biar saya ajar pengacara sekarang. Kalau mengacara tidak usah terp3kik terl0long untuk meraih perhatian. Itu membingitkan,” katanya.

 

 

 

 

Sumber:Kosmo