Bukan calang-calang, tengok apa Chef Wan beli untuk kucing kesayangan!

Kalau dah sayang, apa saja saggup dilakukan. Lebih-lebih lagi kalau mampu, duit semua belakang kira.

Itulah yang dikongsikan oleh cef selebriti terkemuka, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih mesra dengan panggilan Chef Wan ketika berkongsi cerita di Instagram miliknya.

“Saya nak beli katil siang (day bed) untuk emak saya dalam bilik tv di tingkat atas. Selalunya dia akan tengok TV dan tertidur. Jadi tak perlulah dia tidur di sofa tetapi hanya pindah ke katil yang ada dan tidur dengan selesa tanpa perlu nak turun ke bawah ke bilik dia.

“Kasihan tengok emak kita dah tua, sa-kit pulak tu tak larat so I decided to get a bed for her la. Kalau saya perlukan tidur sekejap waktu tengahari, saya pun boleh tidur di bilik TV juga, tak payah nak tidur di bilik tidur utama.”

Rupa-rupanya bukan itu sahaja yang dibeli oleh Chef Wan. Ramai pasti terkejut apabila dia turut membeli katil bayi (baby cot) untuk Kucing kesayangannya yang diberi nama Jade.

“By the way i also saw this baby cot in the shop too. Jadi saya beli juga katil ni untuk kucing kesayangan saya, Jade. Nanti bila Neil dah sampai, dua-dua boleh kongsi katil ni lah.

“Jangan berpe-rang sudah. Am I crazy to get this for my cat? Dah sayang punya pasal! Macam la perpatah kata, Sayang kan anak kita tangan-tangan kan. Sayang kucing habis semua kita beli kan!” seloroh Chef Wan.

Alahai, untungnya jadi kucing Chef Wan!

 

 

 

 

 

Sumber:Gempak