Pengusaha stesen minyak dedah punca petrol bercampur air, rugi RM50K

Seorang pengusaha stesen minyak di Kampung Anak Ikan, Jertih di sini menanggug kervgian hampir RM50,000 hari ini selepas tangki penyimpanan petrol RON95 di premisnya bercampur dengan air dipercayai berpunca dari hujan lebat.

Pencemaran petrol RON95 itu hanya disedari selepas hampir 20 kenderaan tersadai selepas mengisi minyak di stesen minyaknya pada pukul 7 pagi.

Pengusaha stesen minyak itu, Mohamad Rozaki Awang Teh berkata, dia mengesya-ki sesuatu tidak kena selepas banyak kereta bersadai di tepi jalan kira-kira 20 hingga 50 meter dari premisnya.

“Pemeriks-aan mendapati tangki penyimpanan petrol RON95 di premis ini telah dimasuki air. Memang hujan lebat seharian di kawasan ini sejak semalam,” katanya ketika ditemui.

Mohamad Rozaki berkata, pemeriksaan lanjut mendapati dua tangki lain yang menyimpan petrol RON97 dan diesel tidak pula terjejas.

Serentak itu, dia terus mengambil tindakan pantas dengan menutup operasi stesen minyak serta-merta selain membantu dan membayar ganti rugi semua kenderaan pelanggan yang terjej-as dengan insiden tersebut.

“Kami mengambil tanggungjawab dan insiden ini merupakan bencana alam, bukan disengajakan. Ini pertama kali berlaku sejak empat tahun stesen minyak ini beroperasi,” katanya.

 

 

 

 

 

 

 

Sumber:KOSMO