Yuna dan JLo dalam satu kempen fesyen yang sama

Penyanyi tanah air yang mencipta nama di luar negara, Yuna melakar sejarah tersendiri apabila menjadi artis wanita bertudung pertama dari Asia Tenggara terlibat dalam kempen terbaharu jenama fesyen terkemuka, Coach.

Jenama antarabangsa dari Amerika Syarikat yang terkenal dengan aksesori mewah terutama tas tangan itu berkongsi video kempen terbaharu yang menyaksikan Yuna atau nama sebenarnya, Yunalis Mat Zara’ai menghiasi kempen tersebut bersama beberapa bintang ternama dunia lain.

Antara bintang antarabangsa lain yang menghiasi kempen tersebut ialah Jennifer Lopez, Michael B Jordan, Camila Morrone, Rickey Thompson, Kim Petras, Kiko Mizuhara dan Quincy.

“Wanita bertudung pertama Asia Tenggara dalam kempen fesyen global.

“Terima kasih buat semua bekerja untuk penggambaran video ini,” tulis penyanyi tersohor itu.

Sebelum ini, Yuna juga merupakan satu-satunya wakil dari Malaysia untuk kempen jenama tersebut, Originals Go Their Own Ways.

“Menjadi original adalah melakukan sesuatu yang tiada orang lain fikir untuk lakukan. Ikut rasa hati walaupun orang fikir anda pelik atau berada di tempat yang sa-lah.

“Apa yang penting, anda percaya dengan diri anda sendiri dan anda tahu yang anda punya sesuatu yang istimewa untuk dikongsikan kepada dunia,” ujarnya.

 

 

 

 

 

 

 

Sumber:Kosmo