“Saya bukan duda” – Saiful Apek jawab isu bernikah dengan Sabrina Ali

Sekitar September lalu, tvlar di media s0sial berita pernikahan pelawak terkenal Saiful Apek bersama dengan pelakon Sabrina Ali.

Namun sehigga sehingga kini,Saiful Apek masih nekad untuk mengunci mulut perihal rumah tangganya. 

Kata Apek atau nama sebenarnya, Mohd Saifulazam Mohammad Yusoff, 51, pendiriannya itu demi menghormati dan menjaga hati pihak lain.

“Rasanya tak perlukan kesahihan apa-apa, saya sudah maklumkan akan beritahu kelak untuk kepastian. Buat masa sekarang saya tak boleh berikan sebarang kepastian lagi dan apa yang kami post di Instagram itulah yang boleh kami katakan.

“Saya tak boleh cakap lebih-lebih… Bukannya berahsia tetapi apa yang saya beritahu itu bukannya samar-samar pun tetapi saya nak menjaga hati pihak-pihak tertentu.

“Atas sebab itu juga saya menghormati dan saya minta doakan yang baik-baik. Insya-Allah dalam tahun ini juga saya akan beritahu (perkara sebenar),” katanya lagi.

Spekvlasi mulai tercetus sejak September lalu apabila Saiful dan Sabrina berkongsi foto memakai baju sedondon di Instagram masing-masing.

 

Sementara itu, diminta mengulas mengenai situasi rumah tangga Apek bersama isterinya, Roslina Abu Hassan, jelas anggota kumpulan Senario itu mereka masih bersama.

“Sebelum ini beberapa tahun lepas pernah terce-tus katanya saya sudah berpis4h dan tinggal berasigan, tapi itu semua fitnah dan tak benar! Status saya bukan duda, saya masih berkahwin.

“Jadi, mana-mana yang orang dengar tentang perpi-sahan itu sama sekali tidak benar.

“Nasihat saya bertanggungjawablah atas kata-kata masing-masing. Amalan paling mudah ialah memuliakan sesama manusia tak kira bangsa dan agama.

“Yang penting kita husnuzon dan istiqamah mendoakan yang baik-baik. Jadi berhati-hatilah dengan kata-kata,” tambah Apek.

Apek dan Roslina berkahwin pada Jun 1994 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Mohd Riyadh Aslam, 24, dan Mohd Radzin Aiman, 22.

 

 

 

 

 

Sumber: Gempak