Terkini! Boleh berniaga hingga 12 malam mulai esok

Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi mengumumkan semua jenis perniagaan telah dibenarkan beroperasi sehingga pukul 12 tengah malam bermula esok.

Perkara tersebut dipersetujui pada Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dijalankan hari ini.

Menurutnya, beliau menerima banyak advan daripada netizen dan persatuan-persatuan restoran terutamanya dari kalangan masyarakat Islam.

“Mereka keluar biasanya lepas Isyak, pukul 9 baru mereka berada di restoran namun pukul 10 restoran dah tutup. Jadi kesan kepada peniaga memang besar.

“Jadi tadi, mesyuarat bincang perkara ini dan akhirnya bersetuju untuk membenarkan pembukaan restoran dan perniagaan-perniagaan seperti kedai serbaneka, stesen petrol dan kedai-kedai runcit sehingga pukul 12 tengah malam,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

 

 

 

 

 

 

 

Sumber:Kosmo