Aniq Suhair tepis g0sip bercinta dengan Cik B- “Ia sekadar suka-suka”

Pelakon baharu yang juga finalis Hero Remaja 2020, Aniq Suhair, 20, mena-fikan ada niat tersembunyi bila berkawan baik dengan anak jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida iaitu Cik B selepas bergandingan dalam drama bersiri, Lelaki Lingkungan Cinta yang bersiaran menerusi slot Lestary di TV3.

Aniq juga megaskan yang mereka bukanlah pasagan bercinta seperti yang dida-kwa.

Ujar Aniq,”Saya tidak terlintas punya niat terselindung berbaik dengan Cik B.

“Secara kebetulan, saya dan Cik B bergandingan dan menjadi pasangan kekasih dalam drama Lelaki Lingkungan Cinta terbitan Zeel Production itu.

“Kami cuba memanjangkan kemesraan dan jadi ‘sweet’ antara satu sama lain dalam media s0sial. Ia sekadar suka-suka dan bergurau,” katanya.

Bagaimanapun, Aniq atau nama sebenarnya, Muhammad Aniq Suhair Mohd Salleh berkata, dia selesa bergandingan dengan gadis berusia 15 tahun itu.

“Nak kata bercinta, tidaklah. Kami hanya kawan baik. Mungkin disebabkan kami menjadi pasangan bercinta dalam drama ini, lalu ramai yang menganggap wujudnya cinta lokasi.

“Cik B muda dan masih bersekolah, takkan saya nak bercinta dengan budak bawah umur. Saya pula akan menyambung peringkat ijazah sarjana dalam perniagaan tidak lama lagi. Pada masa sama, saya masih hijau dalam dunia lakonan. Ibaratnya seperti bertatih.

“Soal cinta belum menjadi keutamaan. Saya mahu mencari rezeki dan menamatkan pengajian terlebih dahulu. Saya juga tak mahu serabut kepala dengan cinta yang belum pasti hujung pangkalnya,” katanya.

Ketika diajukan mengenai keperibadian Cik B, Aniq berkata Cik B sangat merendah diri dan ringkas ketika menjalani penggambaran bersama.

“Saya dan Cik B kali pertama bertemu ketika bergandingan dalam drama Lelaki Lingkungan Cinta. Kiranya kami baru sahaja kenal.

“Tidak sukar mahu mendekatinya kerana Cik B sangat baik, merendah diri dan kelakar orangnya,” katanya.

Mengulas kerjaya seni, Aniq berkata, dia baru sahaja melangkah dalam dunia lakonan, tahun ini.

“Mulanya, saya diberi watak pembantu dalam drama Kebaya Kasut Kanvas. Kemudian, saya beroleh rezeki dalam Lelaki Lingkungan Cinta, Budak Intern dan terbaharu, Tak Sempurna Mencintaimu.

“Setakat ini, saya baru membintangi empat drama. Saya bersyukur sudah dilantik menjadi duta beberapa jenama produk.

“Kini, saya sedang melunaskan penggambaran drama Tak Sempurna Mencintaimu untuk slot Akasia TV3 terbitan Zeel Production di Perlis. Saya diberi peluang bergandingan dengan pelakon berpengalaman seperti Redza Rosli, Intan Najuwa, Fendy Bakry, Wan Maimunah, Mak Jah, Datuk Tarmimi Siregar dan ramai lagi,” katanya.

 

 

 

 

 

 

Sumber:BH