Kejayaan tak datang bergolek.
Itu kenyataan tepat menggambarkan kisah pelakon dan pengacara, Zoey Rahman tatkala diketawakan rakan sekeliling ketika mahu menjalankan perniagaan kosmetik.
Zoey, 35, berkata, mereka juga memperkecil dan mempersoalkan sama ada berniaga kosmetik ini boleh menjadi kaya atau tidak.
“Saya mula buat bisnes Mika Series pada 2017. Banyak halagan dan dvgaan saya tempuhi.
“Mulanya kawan-kawan gelakkan saya. Betulkah saya nak buat bisnes kosmetik ini. Sebab kebiasaannya dunia kosmetik untuk golongan wanita saja. Mereka siap cakap takkan saya nak pakai mekap untuk buat promosi.
“Malah ada persoal adakah boleh kaya buat kosmetik ini. Biasanya kosmetik ini kaya sekejap saja. Selepas dua sehingga lima tahun mesti akan jatvh. Baru-baru ini ada lagi bertanya, adakah betul saya nak jual produk di Watsons. Adakah Watsons terima produk tempatan macam saya punya? Mampukah produk Melayu bersaing dengan jenama antarabangsa lain? Apatah lagi dengan musim pndemic Covid-19. Kemudian mereka senyum siniis seolah-olah memperle-kehkan semangat saya,” katanya.
Namun, Zoey berkata dia sentiasa yakin rezeki Allah ada di mana saja. Selagi berusaha dan sentiasa bersyukur atas nikmat yang ada, serta ikhlas berikan layanan terbaik kepada pelanggan, Zoey yakin dengan usahanya itu.
“Untuk berjaya, kita harus ‘pekakkan’ telinga dengan kata-kata cac1an dan ‘bvtakan’ mata dengan halagan di hadapan. Dari mana kita berasal itu tidak penting, apa yang penting ke mana langkah kita seterusnya untuk mencapai kejayaan,” katanya.
Semoga terus berjaya Zoey.
Sumber:HM