Pelakon Ummi Nazeera memaklumkan bapanya iaitu Zainul Abadin Mat Akhir telah meniggal dunia.
Menerusi perkongsiannya di instagram, Ummi mendoakan agar segala amalan Allhyarham diterima dan ditempatkan dalam golongan orang beriman.
“Innalillah wainna ilaihirojiun .. Untuk pengetahuan semua … Ayah kandung saya Zainul Abadin bin Mat akhir baru saja kembali ke rahmatullah tengah malam semalam, dan sudah selamat dikebumikan pagi tadi.
“Semoga Allah mengampuninya, memberinya kekuatan, mengampunkannya. Mengasihani kepadanya dengan membuka pintu masuknya (syurga) menjadi luas.
“Dan sucikan dia dengan air dan salju . Bersihkan dia dari segala kesilapan ibarat kain putih dibersihkan dari n0da.
“Semoga Allah memasukkannya ke dalam syurga dan melindunginya dari az4b kvbur dan az4b api ner4ka.
“Semoga amalan papa diterima Allah SWT. Ameen ameen yrb. See you papa – Your daughter Ira( panggilan ayah buat saya),” luahnya.
Dalam ruangan komen instagram tersebut, ramai artis yang mengucapkan takziah serta mendoakan arwah seperti Aeril Zafrel, Alif Satar, Siti Saleha, Tya Ariffin, Saharul Ridzwan, Nazim Othman, Ezzlyn dan ramai lagi.
Sama-sama kita doakan agar Allahyarham Zainul Abadin dan mereka yang telah pergi ditempatkan dalam syurga Allah. Amin.
Sumber: Wilayah ku