Dr Sheikh Muszaphar pilih nama kembar seperti yang dicadangkan follower

ANGKASAWAN negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor memilih nama yang cukup cantik kepada anak kembarnya iaitu Sheikh Eusoff dan Sophea Emelia yang lahir pada 20 November lalu secara pembe-dahan di sebuah hospital swasta. 

Nama tersebut dide-dahkan oleh Dr.Sheikh menerusi akaun Instagram(IG)nya yang terkini.

Entri itu juga disertakan dengan foto penuh kedua kembar tersebut.

Sebelum itu, Dr. Sheikh juga turut berkongsi gelagat comel kedua-dua anak kembar lelaki nya , Adam  dan Noah menjaga adik kembar mereka.

Rata-rata pengikut angkasawan itu teruja dengan nama yang dipilih kerana bukan sahaja ringkas tetapi lebih manis lagi kerana mengikut seperti yang dicadangkan oleh mereka.

Wah, padanlah ramai teruja. Tahniah lagi sekali Dr SMS dan isteri! 

 

 

 

 

 

Sumber: Instagram Dr Sheikh Muszaphar