Pelakon, pelawak dan penulis lirik terkenal, Bob Lokman, 56, memaklumkan
peyakit jantung yang dihidapinya sejak lebih 20 tahun lalu semakin kr0nik.
Dia kini diberi pilihan sama ada menjalani pembe-dahan atau berdepan dengan risik0 kema-tian meng3jut.
Lantaran itu menurut Bob atau nama sebenarnya, Mohd Hakim Lokman berkata, dia perlu menjalani prosedur untuk memasang alat Implantable Automatic Cardi0verter Defibrilator (IADC) supaya degvpan jan-tungnya dapat distabilkan.
“Doktor mengesan peyakit baru iaitu degupan jantung tidak stabil ketika saya mendapatkan raw-atan di H0spital Universiti Sains Malaysia (HUSM, Kubang Kerian akibat masa-lah jantung, baru-baru ini.
“Keadaan ini menyebabkan kadar denyutan jantung menjadi laju hingga menyvkarkan proses mengepam oksigen ke otak. Selepas membuat diagnosis, doktor menyarankan saya memasang alat IADC untuk menstabilkan kembali denyutan jantung.
“Jika tidak dibuat dengan kadar segera, saya bakal berdepan dengan situasi ma-ti secara mengejut,” katanya lagi.
Menurut Bob, kos yang diperlukan untuk menjalani prosedur itu dianggarkan sebanyak RM60,000.
“Saya masih belum bertemu doktor yang pakar dalam bidang ini bagi mendapatkan kos sebenar pembe-dahan dan rawa-tan, tetapi saya difahamkan ia sekitar RM60,000. Buat masa ini, saya akan terus berusaha mencari duit bagi membolehkan menjalani pembedahan dengan segera.
“Saya dimaklumkan, Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar boleh melakukan prosedur ini. Jika betul, saya akan cuba dapatkan rawa-tan di sana,” kata penulis lirik lagu berhantu, Isabella dan Taman Rashidah Utama itu.
Cerita Bob, ketika zaman gemilang nya dahulu, boleh dikatakan duit royalti diterima cukup lumayan. Dalam skala 100, jumlah royalti yang diterima sebanyak 60 peratus. Tetapi, dalam keadaan sekarang, lagu pun jarang dimainkan, dia hanya memperolehi sekitar 10 peratus sahaja dan duit itulah yang digunakan untuk menampung kehidupan di samping isterinya yang menjalankan perniagaan makanan.
Bob turut meluahkan rasa terharu dengan sikap prihatin yang ditunjukkan rakan seperjuangannya.
“Terima kasih sudi bertanya khabar dan mengambil berat terhadap diri saya. Terharu dengan sikap teman perjuangan kerana saya sendiri pun tak pasti mampu berbuat demikian jika berada di tempat mereka.
“Pada kesempatan ini juga, saya ingin memohon maaf kepada kenalan industri seni jika melakukan kesi-lapan atau melvkakan hati mana-mana pihak dengan tutur kata, lawak jenaka dan perbuatan sepanjang saya masih aktif dahulu,” pintanya.
Bagi sesiapa ingin menghulurkan sumbangan, boleh menghubungi isteri Bob, Relawati Daud di talian 019-3853535.
Sumber:BH