Airmata persahabatan Azwan Ali, Ziana Zain

Tanpa diduga gelagat pengacara popular Azwan Ali,54, atau Diva AA yang ceria bertukar sebak apabila ditanya tentang nasihatnya kepada penyanyi Ziana Zain yang melalui pelbagai fasa kehidupan.

Menerusi program Lagu Cinta Kita musim kedua di TV3 malam tadi, Azwan diminta rakan pengacara Elly Mazlein memberi kata-kata semangat buat Ziana yang menjadi tetamu program tersebut.

“Betul kata Ziana tu, jangan judge (hakimi) kita. Saya menghormati Ziana sebagai seorang kawan lama.

“Saya minta maaf pada Pak Zain, Cik Rubiah (ibu bapa Ziana), lama saya tak jumpa.

“Kami harap mesej persahabatan ini sampai kepada orang ramai, bahawa susah cari sahabat yang boleh together (sentiasa ada),’ kata Azwan sambil menangis teresak-esak mengenang kisah lama mereka berdua.

Ziana juga kelihatan tidak dapat menahan air matanya berkata bahawa dirinya sering bertanya khabar Azwan walaupun sudah lama tidak bertemu.

“Orang kalau tak kenal Diknon (panggilan mesra Ziana buat Azwan), mereka tak kenal. Walaupun orang gosipkan saya dan diknon tapi hubungan saya dia, kami sahabat.

“Walaupun bertahun-tahun tak jumpa, saya selaku call tanya Diknon sihat? Deknon buat apa? Itulah sahabat.

“Sahabat dan kawan itu adalah dua pengertian yang berbeza. Kena faham,” luah Ziana sebak.

Sebelum ini Azwan dikatakan pernah menaruh perasaan cinta terhadap Ziana.

 

 

 

 

 

Sumber/ Foto: Wilayah ku/ TV3