“Arwah tiada sebarang harta, dia sudah diisytihar muflis.”
Itu jawapan yang diberikan oleh Nour Shafinar Harun, 31, balu kepada Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya, ketika menjelaskan keadaan dirinya yang did4kwa menafikan hak bapa mertuanya, pelakon veteran A R Badul dalam soal pembahagian harta.
Jelas Shafinar, mengenai pertikaian berkenaan insuran kelompok yang diterima, dia sudah menerimanya namun buat masa ini dia masih belum memberikannya kepada pihak bapa mertuanya lagi.
“Arwah suami saya memang sudah diisytihar mvflis pada perkahwinan pertamanya. Jadi bila dia berkahwin dengan saya, dia memang tidak ada apa-apa harta. Tiada rumah, kereta atau pun motosikal.
“Berkenaan insurans kelompok yang dipertikai bapa mentua saya ini, memang saya sudah dapat. Saya juga difahamkan yang difaraidkan adalah caruman arwah dan bukan ganjaran.
“Buat masa ini memang saya sudah bahagikan malah bahagian itu sudah saya beri kepada ibu mertua dan ibu angkat arwah suami saya. Manakala duit anak-anak arwah juga saya simpankan dahulu. Cuma bahagian baba (A R Badul) saya masih belum ada kesempatan untuk beri memandangkan kami tidak lagi berhubung,” katanya lagi.
Menurut Shafinar lagi, selepas pemergian suaminya, dia tidak n4fikan hubungan mereka agak renggang malah bapa mertuanya itu juga sudah tidak lagi bertanyakan khabar.
“Memang ada pihak sana meninggalkan pesanan di telefon tetapi tidak perlu saya kongsikan secara terperinci, cuma apa yang boleh saya cakap perkara ini sangat memberi tekanan.
Sementara itu, A R Badul hari meluahkan rasa tidak puas hatinya kepada media apabila dia dinafikan hak ke atas harta peniggalan anaknya, arwah Mohd Zahir yang mavt ketika melakukan demonstrasi keupayaan di Kem Kok Lawi, Sabah pada 4 September 2019.
Sumber:Utusan