Siti Nurhaliza sahkan hamil 4 bulan- “Doakan saya ya!”

Setelah sekian lama, penyanyi tersohor negara,  Datuk Seri Siti Nurhaliza mengumumkan yang beliau kini sedang hamil 4 bulan anak keduanya. 

Menurut Siti, 41, setelah lama menyimpan rahsia dan membiarkan peminat berteka-teki akhirnya dia dan suami, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa tampil mengumumkan berita gembira itu semasa pelancaran produk Beausiti X Wonderlab pada Selasa.

“Alhamdulillah… syukur hari ini sangat bersejarah kerana saya dapat umum banyak perkara istimewa. Selain pelancaran Beautessence dan Beaunest, pelantikan Nabila Razali sebagai duta kempen… semestinya satu lagi pengumuman istimewa untuk semua.

 

“Dah lama menjadi teka-teki, ramai buat andaian dan hari ini cukup sesuai untuk saya kongsi dengan semua peminat, Alhamdulillah saya dan suami nak kongsi berita baik saya sudah hamil empat bulan.

“Ramai mendokan dan rasanya ada yang dah boleh agak… ada juga yang berteka-teki kerana saya diamkan diri. Dalam keadaan sekarang saya hanya duduk rumah. Doakan saya diberikan kekuatan dan kesihatan yang baik sehingga hari kelahiran,” katanya.

Siti dan Khalid atau lebih dikenali Datuk K membuat pengumumam istimewa itu semasa pelancaran produk tersebut yang diadakan secara virtual pada Selasa.

Sementara itu penyanyi lagu Aku Bidadari Syurgamu ini berkata dia tidak kisah mengenai jantina anak kedua.

“Lelaki atau perempuan kami terima dengan hati terbuka… tapi seronok tu kalau dapat sepasang,” ujarnya.

Sebelum ini, aksi Siti Aafiyah mencium perut ibunya ketika sedang bersiaran langsung di Instagram mencetuskan tanda tanya yang penyanyi nombor satu negara itu sedang hamil anak kedua.

Menerusi video berkenaan juga menunjukkan Aafiyah beberapa kali mencium perut ibunya dalam keadaan gembira dan teruja.

Perkara itu dikuatkan lagi apabila Siti juga ingin berehat daripada industri hiburan buat sementara waktu.

Siti sebelum ini pernah mengalami kegugvran pada November 2015.

2 tahun selepas itu, dia kemudiannya berkongsi berita kehamilan selepas 11 tahun berkahwin dengan Datuk K.

Hasil perkongsian hidup pasangan ini dikurniakan anak perempuan bernama Siti Aafiyah yang kini berusia dua tahun.

 

 

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber:mstar