Wani Chomel pasang peguam, d4kwa dianiaya usahawan kosmetik terkenal

Dulu pernah tvlar kisah seorang gadis bernama Nurul Airawani Nazira Ibrahim, atau lebih dikenali sebagai Wani Chomel, 23, kerana mempunyai masa-lah berat badan mencecah hampir 300 kilogram.

Kisah Wani itu mendapat perhatian seorang jutawan kosmetik,lalu pada bulan Ogos tahun lalu ,usahawan itu datang untuk membantunya dan menjadikan Wani sebagai duta bagi satu produk pelangsingan badan keluaran syarikatnya.

Bagaimanapun sebentar tadi ,dalam satu sidang media Wani tampil membuat pende-dahan berani menda-kwa dirinya telah dianiayai oleh jutawan kosmetik tersebut.

Menurut Wani dia sebenarnya ditaja untuk menjalani pembe-dahan bariatrik bagi mengurangkan berat badannya.

Tambah Wani lagi,dia terasa seperti ditlipu dan dipergunakan selepas tidak mendapat apa-apa faedah dan bayaran seperti yang dijanjikan.

“Selepas menjalani pembe-dahan di salah sebuah pusat pervbatan di Kuala Lumpur pada bulan Ogos 2019, saya telah didatangi pihak terbabit untuk menandatangani kontrak.

“Bagaimanapun saya tidak diberitahu dengan jelas tentang kandungan kontrak tersebut tanpa mengetahui isi kandungannya,” katanya ketika ditemui dalam satu sidang media hari ini.

Wani turut meluahkan rasa kecewa apabila segala urusan pemeriksaan dilakukannya sendiri tanpa diberikan wang pembiayaan seperti yang dijanjikan.

Bukan itu sahaja, segala rekod kesihatan selepas dia menjalani pembedahan juga disimpan oleh pihak usahawan tersebut.

“Saya memikirkan soal keluarga kerana pihak usahawan tersebut telah berjanji akan membantu saya daripada segi kewangan.

“Namun saya tidak menerima sebarang bentuk bantuan seperti yang telah dijanjikan. Lebih menyedihkan apabila saya cuma menerima ‘upah’ kurang daripada RM1,000 selepas menghasilkan konten tentang produk pelangsingan badan,” kata gadis dari Jerantut, Pahang itu lagi.

Dalam sidang media tersebut, Wani turut memberitahu bahawa dia terpaksa membuat lap0ran polis untuk menjamin keselamatan diri selepas didatangi wakil usahawan tersebut dalam keadaan m4rah dan telah mengoyakkan kontrak yang telah ditandatangani.

“Saya telah dimar-ahi hanya kerana telah menerima bantuan daripada pihak lain.

Tampil membuka mulut, Wanie yang turut ditemani peguam, Haziq Aizuddin Subhi berkata, dia ingin menuntut pam-pasan dan habuan yang telah dijanjikan selain ingin membat-alkan kontrak yang telah ditandatangani.

“Saya mengalami kemurvngan disebabkan perkara tersebut selain turut dikec4m dan dic4aci netizen dengan tuduhan tidak berasas.

“Ada yang menggelar saya sebagai tidak kenang budi, pema-las dan hanya mengharapkan bantuan semata-mata,” katanya.

Sebelum mengakhiri sidang media, Wani menyatakan harapannya agar tuntutannya diperolehi seperti apa yang telah dijanjikan dan dapat membersihkan semula namanya di mata masyarakat.

 

 

 

 

 

 

Sumber: Wilayah ku