D4kwaan terabai tidak berasas,JHEV perincikan jumlah faedah yang diterima oleh waris Allahyarham Mejar Zahir

Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM(JHEV) Kementerian Pertahanan telah membuat satu sidang media berhubung satu kenyataan yang mendak-wa dua orang anak kandung Allahyarham Leftenan Kolonel Mohd Zahir Armaya iaitu Mohamad Remy Iskandar, 9, dan Mohamad Ebel Zulkarnain, 10, hasil pernikahan Mohd Zahir dengan bekas isterinya, Jamilah Ismail, 38 telah diabaikan.

Menurut Ketua Pengarah JHEV, Mejar Jeneral Datuk Dzulkarnain Ahmad, JHEV telah menyelesaikan semua bayaran faedah kema-tian pegawai komando Leftenan Kolonel Mohd Zahir Armaya kepada semua warisnya yang layak.

Megimbas kembali peristiwa pada 4 September 2019,Allahyarham Leftenan Kolonel Mohd Zahir bin Armaya, 36, pegawai komando daripada 11 Rejimen Gerak Khas, telah meniggal dunia selepas terkena temba-kan ketika melakukan demonstrasi sempena pelancaran Divisyen Kelima dan Briged Ke-13 Infantri Malaysia di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah.

Hasil Lembaga Sias-atan yang telah dibuat oleh Tentera Darat Malaysia, insiden tersebut telah diklasifikasikan sebagai kemalagan dalam latihan dan diperkaitkan dengan tugas.

Seiringan dengan itu, Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Kementerian Pertahanan telahpun menjelaskan bayaran Ganjaran, Faedah Gantian Cuti Rehat (FGCR), Pencen Terbitan, Pencen Orang Tanggungan dan Ex Gratia Orang Tanggungan (EXOT) milik Allahyarham Leftenan Kolonel Mohd Zahir bin Armaya kepada orang tanggungannya.

Sebagai makluman, semua bentuk bayaran telah dibayar oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Kementerian Pertahanan secara One Off dan bulanan kepada ibu, balu dan 5 anak (2 anak tiri dan 3 anak kandung) Allahyarham mulai bulan Oktober 2019 dan Maklumat bayaran adalah seperti berikut:

1. Puan Rusunjan Binti Mohamad Ibu Kepada Allahyarham Leftenan Kolonel Mohd Zahir Bin Armaya

a. Bayaran One Off Ganjaran Terbitan. Bayaran secara One Off telah dilaksanakan pada bulan Mac 2020 berjumlah RM 16,029.00.

b. Bayaran Bulanan Pencen Terbitan dan Pencen Orang Tanggungan. Bayaran bulanan berjumlah RM 1,253.91 telah dilaksanakan mulai bulan April 2020 dan pecahan bayaran adalah seperti berikut:

(1) Pencen Terbitan. RM 401.68.

(2) Pencen Orang Tanggungan. RM 852.23.

2. Puan Nour Shafinar Binti Harun Balu Kepada Allahyarham Leftenan Kolonel Mohd Zahir Bin Armaya

a. Bayaran One Off Ganjaran Terbitan dan FGCR. Bayaran secara One Off telah dilaksanakan pada bulan Oktober 2019 berjumlah RM 91,983.73.

b. Bayaran Bulanan Pencen Terbitan, Pencen Orang Tanggungan dan Ex Gratia Orang Tanggungan (EXOT). Bayaran bulanan berjumlah RM 5,416.62 telah dilaksanakan mulai bulan November 2019 dan pecahan bayaran adalah seperti berikut:

(1) Pencen Terbitan (Balu). RM 1,326.08.

(2) Pencen Orang Tanggungan (Balu dan 3 Anak). RM 2,506.54.

(3) EXOT (Balu dan Seorang Anak Kandung Sahaja). RM 1,584.00.

3. Mohamad Remy Iskandar dan Mohamad Ebel Zulkarnain – 2 Anak Bekas Isteri Allahyarham Leftenan Kolonel Mohd Zahir Bin Armaya

a. Bayaran One Off Ganjaran Terbitan dan FGCR. Bayaran secara One Off telah dilaksanakan pada bulan Oktober 2019 berjumlah RM 32,923.28.

b. Bayaran Bulanan Pencen Terbitan, Pencen Orang Tanggungan dan Ex Gratia Orang Tanggungan (EXOT). Bayaran bulanan berjumlah RM 1,663.43 telah dilaksanakan mulai bulan November 2019 dan pecahan bayaran adalah seperti berikut:

(1) Pencen Terbitan (2 Anak Kandung Sahaja). RM 530.43.

(2) Pencen Orang Tanggungan (2 Anak Kandung Sahaja). RM 557.00.

(3) EXOT (2 Anak Kandung Sahaja). RM 576.00.

Sehubungan dengan itu juga JHEV memandang serius kenyataan yang dikeluarkan berkaitan “nasib anak Pegawai yang mempunyai pangkat terabai dan tiada menerima bantuan”.

Kenyataan yang telah dikeluarkan oleh segelintir pihak bercanggah dengan peraturan semasa adalah sama sekali tidak berasas.

“JHEV dan ATM sentiasa berusaha memenuhi hak setiap peringkat veteran ATM serta orang tanggungan mereka bagi anggota ATM yang telah menamatkan perkhidmatan, bersara mahupun meniggal dunia berdasarkan peraturan sedia,” katanya lagi.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Rekod dan Pencen ATM Mejar Jeneral Datuk Nazri Abu Bakar berkata, tiada keperluan bagi jabatan itu untuk berbincang dengan bapa Allahyarham, Armaya Aman Ramlie, 71, yang lebih dikenali sebagai A R Badul mengenai pertikaian pembahagian faedah kema-tian mahupun hadiah daripada individu lain serta insurans Allahyarham.

“Dari segi bayaran faedah kema-tian Allahyarham, itu adalah berdasarkan peraturan (yang ditetapkan ATM).

“Kalau dimaksudkan pemberian atau hadiah daripada individu dan insurans, perkara itu juga tidak dibincangkan kerana ia di luar bidang kuasa ATM…itu perlu dibincangkan dengan keluarga,” katanya.

A R Badul sebelum ini dilaporkan berkata, beliau menuntut haknya selepas kema-tian Allahyarham dan mendak-wa haknya sebagai seorang bapa seolah-olah dinafikan.

Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM juga sekali lagi menegaskan bahawa Orang tanggungan Allahyarham Leftenan Kolonel Mohd Zahir bin Armaya tidak akan sesekali diabaikan oleh Kementerian Pertahanan malahan segala bentuk bantuan semasa seperti Bantuan Prihatin Nasional (BPN), Bantuan Khas Kerajaan (BKK) dan Skim bantuan lain yang bersesuaian akan disalurkan dari masa ke semasa mengikut permohonan dan keperluan.

Jasa bakti serta peng0rbanan Allahyarham kepada negara sentiasa akan dikenang dan dihargai sampai bila-bila.

 

 

 

 

Sumber: Sinar Harian