“Aku lewat sikit, patah balik sat ambil handset tertinggal, mana tau jadi apa-apa kat aku nanti.” Demikian kata-kata terakhir Allahyarham Mohd Isa Abdul Rani, 50, kepada rakannya, Hairul Hafizi Ismail, 44 yang m4ut dipan4h petir semalam.
Kejadian berlaku ketika Allahyarham melakukan kerja memot0ng rumput di Kebun Durian di Bukit Limau, Permatang Kerat Telunjuk, Bandar Baru, Kedah kira-kira jam 3.30 petang semalam.
Menurut Hairul Hafizi, dia sama sekali tidak menyangka benar-benar ada ‘sesuatu’ terjadi pada kawannya itu .
Menurutnya, dalam kejadian itu, dia bersama Allahyarham dan dua lagi rakan berhenti memotong rumput kerana hujan lebat.
“Arwah bersendirian berteduh manakala kami bertiga berada di pondok berdekatan dengan jarak hanya tiga meter. Tiba-tiba kilat menyambar pokok durian di kawasan arwah berteduh dan perc1ikan api kilat terkena pada arwah yang sedang berbaring.
“Melihat arwah tidak bergerak, kami memanggil namanya berkali-kali namun tiada tindak balas. Sebaik dihampiri, kami melihat arwah dalam keadaan tercungap-cungap dan tidak sedarkan diri,” katanya.
Menurutnya, mereka segera menghubungi penyelia memaklumkan kejadian itu sebelum sepasukan anggota polis dan bomba tiba di lokasi dan membawa magsa ke Hospital Parit Buntar.
“Bagaimanapun kami difahamkan arwah meniggal dunia di lokasi,” katanya.
Sumber:HM