Digelar “Successful People in Malaysia”, Nadiya Shahab jana dari RM50 ke RM5 juta

Seperti artis yang lain, pelakon Nadiyah Shahab dan suami, Ben Ali pernah aktif dalam dunia lakonan namun mula beralih ke dalam bidang perniagaan untuk menjana pendapatan dek kerana menyedari dunia glam0r yang mereka kecapi hanyalah bersifat sementara.

Usaha itu berbaloi, kerana kejayaan suami isteri ini tercatat dalam buku Successful People Ini Malaysia terbitan Britishpedia.

Lebih manis lagi, nama mereka tersenarai sebaris bersama tokoh-tokoh Malaysia hebat yang lain seperti Tun Dr Mahathir, Tan Sri Muhyiddin, Tan Sri Dr Noor Hisham, Tan Sri Tony Fernandes(Air Asia), Tan Sri Azman Hashim (Ambank) dan Datuk Micheal Yeoh.

Untuk pengetahuan anda, pasangan ini mengusahakan perniagaan jenama Absolut Chocolat, Absolut Food Festivaala dan Absolut Management di bawah syarikat Absolut Brands Sdn. Bhd.

Siapa sangka, dari berm0dalkan sebanyak RM50 dan kini jualan perniagaan mereka sudah mencecah RM5 Juta setahun.

Hal ini telah dide-dahkan oleh sahabat Ben sendiri iaitu Syed Saddiq. Ahli Parlimen Muar, Johor ini memuatnaik sebuah foto di instagramnya sedang mencuba sendiri Absolut Chocolat yang kini menjadi vir4l di media s0sial.

“Menurut Saddiq, dia sangat berbangga dengan pencapaian sahabatnya itu dalam perniagaan yang dijalan.

Bangga dengan sahabat saya yang bermula dari modal RM50 & kini sudah mencecah sales RM5juta setahun! Tahniah orang muda @bena1i & @nadiyah.shahab .

May you find success always. Terima kasih sudi lawat kedai “Santan” saya di Kiara 163 mall. I have a lot to learn from the 2 of you”- tulisnya di Instagram.

Difahamkan Ben berkunjung ke Restoran Santan milik Saddiq di Kiara 163 Mall yang baru dibuka minggu ini.

Menurut Saddiq, dia merancang untuk mencari perniagaan yang boleh menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan muda termasuklah merancang untuk melancarkan kempen #SADDIQsapotLOKAL.

 

 

 

 

 

Sumber:Murai