“Mungkin itu salah satu sebab saya tidak layak ke AJL35”- Yonnyboii

Sejak terkandas daripada senarai 12 finalis Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-35, timbul desas-desus kononnya kegag-alan Yonnyboii adalah kerana masal4h disiplin.

Mendapatkan kepastian komposer dan penyanyi itu, Yonnyboii mengaku lewat menghadiri sesi latihan Separuh Akhir Muzik Muzik (SFMM) Ke-35, namun, dia sudah meminta maaf daripada pihak produksi.

Yonnyboii atau nama sebenarnya, Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin,22, bagaimanapun memberitahu, kelewatan itu adalah tidak disengajakan.

“Secara jujur, saya pernah datang lewat ke sesi latihan minggu ketiga SFMM35. Boleh dikatakan, saya lewat kira-kira 40 minit.

“Ketika itu, saya datang dari Kuala Lumpur dan perlu pergi ke sesi latihan yang diadakan di Sri Pentas (SP) 2, Plaza Shah Alam Sentral, Shah Alam.

“Kalau diikutkan, saya merancang menginap di hotel berdekatan SP2, tetapi atas sebab yang tidak dapat dielak, saya tidak dapat berbuat demikian,” katanya.

Yonnyboii mengulas lagi, mugkin insiden tersebut menjadi salah satu sebab dia tidak layak mara ke AJL35.

“Mungkin ada pihak fikir saya tidak serius… Tapi saya sebenarnya serius. Biar apa pun, saya belajar dan berharap lebih menepati masa selepas ini,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Yonnyboii mengaku k3cewa apabila lagu ciptaan dan dendangan bersama Zynakal, iaitu S4kit tidak terpilih ke AJL35.

Yonnyboii juga se-dih lagu Kelabu ciptaannya untuk Azlan The Typewriter serta X Missing You yang dicipta bersama Faizal Tahir, Mike Chan, Mage, Ja’a dan Tuju, yang menampilkan Dayang Nurfaizah, juga gag-al tersenarai.

“Saya kecewa sebab saya menghampakan orang ramai termasuk ibu bapa… Sebuah lagu pun tidak berjaya.

“Sekurang-kurangnya biarlah sebuah lagu ‘sagkut’, tetapi tidak mengapalah tiada rezeki,” katanya.

Mengulas penjelasan ketua juri, Azmeer mendakwa Sakit sekadar lagu popular dan tidak sesuai dipertandingkan, Yonnyboii kecewa.

“Mungkin juri tidak boleh menerima lagu ini seadanya. Mungkin juri merasakan ‘kelahiran’ kami masih agak asing.

“Muzik kami tidak pernah didengar, iaitu muzik tanpa ‘instrument’. Mungkin kami masih dalam kategori ‘budak-budak’.

“Bagaimanapun, saya fikir, lagu-lagu saya tidak layak mungkin atas faktor persembahan saya. Mungkin susunan muzik saya tidak menepati cita rasa pihak yang mengadili.

“Ketika mempersembahkan lagu Kelabu, saya mengaku takut hingga nampak pada wajah saya.

“Namun, ketika beraksi dengan Zynakal untuk lagu S4kit, saya fikir sudah memberi persembahan terbaik. Namun, mungkin tidak cukup kriteria dimahukan,” katanya.

Sehubungan itu, Yonnyboii berharap masih diberi peluang mencuba nasib ke AJL demi memperbaiki kekuragan diri.

“Sokongan orang ramai memb4kar semangat untuk memberi yang terbaik pada 2021. Saya berharap boleh membuat persembahan di pentas yang lebih besar.

“Saya tidak mahu berputvus asa kerana ini tahun pertama saya mencuba nasib ke AJL. Masa saya masih panjang lagi, Insya-Allah,” katanya.

 

 

Sumber:BH