Penonton AME 2020 jadi saksi saat romantis Kamal Adli melamar Uqasha Senrose

Sebelum ini, pengarah Michael Ang pernah memb0corkan rahsia kisah cinta Kamal Adli dan Uqasha Senrose. Namun kedua-dua mereka tidak mena-fikan atau mengiyakan perkara itu.

Akhirnya , malam ini ,spekulasi hubungan asmara mereka berakhir apabila Kamal Adli dengan beraninya membuat kejutan dengan melamar kekasih hatinya itu untuk berkahwin sebentar tadi.

Lamaran tersebut dibuat Kamal Adli selepas mereka berdua menjadi penyampai anugerah dalam Anugerah MeleTOP 2020 (AME 2020).

“Uqasha Senrose sudikah awak menjadi isteri saya?” tanya Kamal Adli sambil berlutut.

Terkejut dengan tindakan Kamal itu, Uqasha meminta Kamal untuk mengulang lamaran tersebut.

“Uqasha Senrose sudikah awak menjadi isteri saya?” ulang Kamal Adli.

“Yes,” jawab Uqasha yang memakai pakaian dengan warna sedondon hitam.

Diketahui, Uqasha menerima sebentuk cincin tajaan dari Habib Jewels.

Spekvlasi hubungan mereka hangat diperkatakan selepas keduanya sering berganding dalam drama, termasuk yang terkini Perempuan Tanpa Dosa.

Tahniah Kamal, Uqasha!

 

 

 

 

Sumber:Gempak