Ini sebabnya PM setuju jadi penerima vaksin Covid19 yang pertama di Malaysia

Bagi meyakinkan rakyat bahawa vaksin yang diperoleh negara adalah selamat dan berkesan, Perdana Menteri Malaysia,Tan Sri Muhyiddin Yassin bersedia menjadi antara individu pertama menerima suntikan vaksin Covid-19 di negara ini. 

Perdana Menteri berkata, ini akan diikuti oleh petugas barisan hadapan sebelum diberikan kepada kumpulan sasaran iaitu kumpulan berisik0 tinggi iaitu warga emas serta peghidap peyakit tidak berjangkit dan penyakit saluran pernafasan kr0nik.

Tambah Perdana Menteri lagi, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin sudah ditubuhkan dan dipengerusikan bersama oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba serta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin bagi memastikan bekalan vaksin dapat diperoleh pada kadar segera.

“Kerajaan menjangkakan bekalan pertama sejuta dos vaksin daripada Pfizer akan diterima dan mula diberikan kepada kumpulan sasaran seawal Februari 2021,” katanya.

Muhyiddin berkata demikian dalam video perkembangan terkini berhubung pemberian vaksin Covid-19 untuk rakyat Malaysia yang disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia.

Menurutnya, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan akan terus memantau keberkesanan dan keselamatan vaksin itu dalam kalangan penerima.

“Sekali lagi saya ingin mengajak anda semua untuk bersama-sama menghayati dan membudayakan norma baharu dalam menjalani kehidupan seharian walaupun selepas kita menerima bekalan dan sunt1kan vaksin.

“Kita perlu menyesuaikan diri dengan norma baharu kerana virvs ini telahpun berada dalam komuniti,” katanya.

Muhyiddin turut mengingatkan rakyat supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan dan mengamalkan kebiasaan seperti kerap mencuci tangan, memakai pelitup muka dan menjaga jarak fizikal.

 

 

 

 

 

Sumber:HM