‘Kisah tvlar mengenai Ahmad Nisfu semuanya b0hong’

Diolog Aziz Satar ” walaupun rupanya tidak ku kenal,tetapi lubaang hidungmu tetap menjadi pujaan hatiku”

Bagi peminat filem-filem Melayu klasik, pasti masih ingat tagline filem Seniman Bujang Lapok itu walau telah berdekad lamanya.

Salah satu watak yang mencuit hati, pastinya watak tuan direktor lakonan pelakon Ahmad Nisfu.

Pembawaan karakternya yang humor tetapi bersahaja cukup menyenangkan P Ramlee untuk memgambil beliau turut serta membawa pelbagai watak dalam beberapa filem di bawah arahannya, seperti filem Pendekar Bujang Lapok,Tiga Abdul, Ibu Mertuaku,Madu Tiga dan banyak lagi sehingga nama seniman Ahmad Nisfu cukup masyhur dalam persada perfileman Melayu.

Menyingkap sejarah penglibatan figura tersohor itu dalam bidang seni,minat Allahyarham dalam bidang lakonan telah berputik sejak kecil lagi.

Merupakan anak sulung dalam empat beradik, Allahy4rham Ahmad Nisfu dilahirkan di Medan, Indonesia, tetapi membesar di Kampung Makam di Pulau Pinang, Malaysia.

Walaupun berpendidikan madrasah,beliau telah menyertai satu kumpulan bangsawan di Pulau Pinang dan kemudian menyertai kumpulan bangsawan Seri Noran di Kuala Lumpur pada tahun ’50-an.

Pementasan bangsawan itu telah membawanya ke Singapura di mana beliau kemudian menjadikan kota ini sebagai tempat tinggal tetapnya sehingga ke akhir hayat.

“Beliau tidak pernah balik ke Pulau Pinang selepas berkahwin lagi di sini,” jelas Encik Osman,76, yang merupakan anak kandung Allahyarham.

Jelas Encik Osman, bapanya sangat rapat dengan Allahyarham P. Ramlee kerana mereka sudah saling berkenalan sejak alam persekolahan lagi.

Justeru, Allahyarham yang hanya tahu menulis dan membaca dalam tulisan Jawi banyak menyumbang idea dan melakonkan filem-filem hasil Allahyarham P. Ramlee.

Misalnya, filem Ibu Mertuaku, yang diterbitkan pada 1961, sebenarnya cerita yang digarap hasil cetusan idea Allahyarham dan diberikan kepada Allahyarham P. Ramlee. Idea itu kemudian diolah mengikut cita rasa Allahyarham P. Ramlee bagi mencerminkan kesan teladan dan pengajaran.

Bagi anak tiri Allahy4rham pula, Encik Saydeh,Allahyarham digambarkan sebagai seorang yang t3gas tetapi bernada lembut semasa bertutur dan tidak banyak cakap di dalam rumah.

Beliau selalu keluar pagi dan akan balik rumah selepas isyak. Apabila ada penggambaran filem, sebuah kereta akan datang menjemputnya di rumah.

“Allahyarham juga selalu bersembang di kedai kopi di Geylang Lorong 101. Di situlah ‘port’ bintang filem.

“Tetapi, apabila masuk waktu solat, Allahyarham akan bersolat di Masjid Aminah, Masjid Kassim atau Masjid Onan Road,” kata Encik Saydeh.

Tambah Encik Osman pula, “Allahyarham adalah seorang yang warak. Allahyarham banyak memberikan nasihat tentang agama dan menjadi bilal tetap di Masjid Onan Road,”.

Namun entah di mana datangnya, dalam beberapa tahun ini, tvlar di media-media s0sial yang mengatakan seniman Ahmad Nisfu hidup sebatang kara dan hanya menghabiskan riwayat hidupnya di dalam kubu peninggalan tentera Jepun.

Melalui temu bual seorang wartawan Berita Harian Singapura yang dirujuk di dalam laman Wadah Seni, waris Allahyarham Ahmad Nisfu itu menjelaskan segala-galanya.

“Satu saja yang betul dalam rencana itu – Allahyarham adalah seorang pelakon filem. Yang lain semua b0hong,” kata Encik Osman yang ditemui di rumahnya di Jellicoe Road.

Tegas Encik Osman, yang tidak mahu gambarnya disiarkan dalam akhbar, Allahyarham yang nama sebenarnya Mohamed bin Nisfu telah meningg4l dunia di rumahnya pada 10 pagi, Julai 1973, di Kampong Kuchai, Singapura.

“Arwah meningg4l secara senang. Saya sempat jumpanya pada 7 pagi sebelum pergi kerja. “Pada 10 pagi, saya mendapat panggilan yang beritahu saya bahawa Allahyarham sudah menghembvskan nafas terakhirnya,” terang Encik Osman, anak sulung dalam dua beradik.

Katanya lagi, anggota keluarga serta ramai seniman dan seniwati seperti Allahyarhamh Saadiah telah melawat jena-zah bapanya yang disolatkan di surau Kampong Kuchai.

Allahyarham kemudian dikebvmikan selepas zuhur di perkuburan Bidadari dan selepas itu telah dipindahkan ke perkuburan Choa Chu Kang.

“Allahyarham sa-kit sebulan sebelum beliau meningg4l. Ada dar-ah keluar semasa beliau membuag air kecil dan beliau pergi ke h0spital. Tetapi, beliau balik rumah setelah berasa pulih. Sebelum beliau mening-gal, beliau nampak macam biasa, tak sa-kit,” kata Encik Osman.

“Allahyarham dikelilingi ahli keluarga semasa mening-gal dunia dan tidak pernah kesunyian sepanjang hayatnya” tambah Encik Saydeh pula.

Mengenai susun galur keluarga Allahyarham,isteri pertama beliau berasal dari Kedah,Allahyarhamha Saadiah Musa, yang kemudiannya meningg4l dunia pada 1939 selepas melahirkan anak kedua mereka.

Keluarga besar seniman Ahmad Nisfu

Selepas itu, Allahyarham telah menikahi isteri keduanya, Allahyarhamha Cik binti Osman.

Melalui perkahwinan kedua ini,mereka tidak dikurniakan cahaya mata tetapi Allahyarham mempunyai lima anak tiri serta cucu-cucu tiri.

Seisi keluarga Allahyarham termasuk Encik Osman sehigga kini masih menetap di Singapura dan sekiranya Allahyarham masih hidup, beliau telah mempunyai 10 cucu kandung.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: jagadita