Aplikasi terkenal di seluruh dunia, WhatsApp dijangka akan menje-jaskan jutaan pengguna telefon pintar dari seluruh dunia bermula 1 Januari 2021.
Secara amnya, terdapat beberapa jenis peranti Android dan iPhone lama tidak lagi menyokong versi aplikasi terbaru, memaksa pemilik untuk mengemas kini sistem operasi mudah alih mereka atau membeli telefon pintar baru.
Mana-mana iPhone yang tidak menggunakan iOS 9 atau yang versi yang lebih baharu, atau mana-mana telefon yang tidak menggunakan sekurang-kurangnya Android 4.0.3, juga dikenali sebagai Ice Cream Sandwich, tidak akan dapat lagi membuka atau mengendalikan aplikasi yang dimiliki Facebook itu.
Ini bermakna semua model iPhone hingga iPhone 4 tidak akan dapat menyokong WhatsApp, kerana telefon ini tidak dapat dikemas kini ke iOS 9.
IPhone 4S, iPhone 5, iPhone 5S, iPhone 6 dan iPhone 6S semuanya dikel-uarkan sebelum iOS 9, namun pemilik masih boleh mengemas kini sistem operasi mereka kepada yang terbaharu.
Begitu juga bagi telefon jenis Android yang akan kehilangan sokongan WhatsApp seperti Samsung Galaxy S2, HTC Desire dan LG Optimus Black.
Pemilik telefon dapat melihat perisian apa yang digunakan oleh peranti mereka dengan memeriksa pada bahagian pengaturan.
Sebahagian besar daripada 2 bilion pengguna WhatsApp di seluruh dunia tidak akan terjejas dengan perubahan itu, walaupun sebahagian kecil yang mungkin terdiri daripada beberapa juta orang di seluruh dunia.
Kemas kini serupa pada awal tahun 2020 menyaksikan WhatsApp membuat “keputusan sukar” untuk menghentikan sokongan untuk telefon yang lebih lama.
Berikut adalah senarai telefon akan kehilangan sokongan WhatsApp pada 1 Januari 2021:
- Apple iPhone 1-4
- Samsung Galaxy S2
- HTC Desire
- LG Optimus Black
- Motorola Droid Razr
- Mana-mana Android yang dikeluarkan sebelum 2010
Telefon yang perlu dikemas kini kepada sekurang-kurangnya iOS 9 atau OS Android 4.0.3 dan keatas:
- iPhone 5S
- iPhone 6
- iPhone 6S
- Samsung Galaxy S3
- Samsung Galaxy Note
- HTC Sensation
- HTC Thunderbolt
- LG Lucid Motorola Droid 4
- Sony Xperia Pro
Dalam pada itu, WhatsApp juga akan memperbarui Syarat Perkhidmatannya tahun depan, dimana pengguna perlu untuk bersetuju dengan peraturan privasi baru untuk terus menggunakan aplikasi tersebut.
Sumber: Independen via eraje