‘Entiti ketuk pintu’ ke Temerloh pula

Bayangkan, selama tiga hari berturut-turut, pintu rumah diketuk, lampu terpadam sendiri dan barangan dalam kediaman tercampak.

Itu antara beberapa gangguvan mist3ri yang dialami empat beranak di Taman Temerloh Jaya, Temerloh, baru-baru ini.

Kisah keluarga itu turut tular di Facebook hingga menarik perhatian orang ramai.

“Pada hari pertama kejadian kira-kira jam 12 tengah malam, saya sekeluarga menyangka pintu rumah berbunyi seperti ketukan disebabkan oleh kucing peliharaan kami.

“Namun saya dan keluarga mula merasa hairan pada hari kedua kejadian apabila terdengar ketukan pada pintu bahagian depan dan belakang rumah kira-kira jam 11.50 malam.

“Kemudian terdengar lagi ketukan di pintu rumah pada hari ketiga dan kali ini memang menakutkan kerana bunyi ketukannya kuat dan pintu bergegar hingga rosak. Waktu kejadian kira-kira jam 8.45 malam,” kata Nurul Izah Ali, 18, sambil menambah, mereka sudah tinggal di rumah berkenaan selama kira-kira 10 tahun.

Bimbang perkara berterusan, ibunya kemudian meminta bantuan daripada seorang perawat Islam dikenali sebagai Ustaz Azmi bagi membantu mereka berhubung gagguan mistri berkenaan.

Bagaimanapun selepas perawat tersebut mening-galkan rumah mereka kira-kira jam 12 tengah malam, berlaku lagi ketvukan pada pintu yang kuat dan lampu rumah mereka kemudian terpadam beberapa kali selain barangan dalam rumah turut tercampak sendiri.

Menurut Nurul Izah, dia dan keluarganya bagaimanapun terkilan dan kesal kerana terdapat pihak yang mengaitkan gagguan misteri itu dengan unsur saka.

“Ada komen mengarvut dan menvduh kami membela saka. Bahkan hati kami sekeluarga sangat terluka memandangkan ayah saya baru 10 hari menin-ggal dunia akibat serangan strok,” luah remaja itu lagi dengan kesal.

Dalam pada itu, gadis tersebut menambah, ramai perawat menawarkan khidmat mereka untuk membantunya sekeluarga.

“Ada yang datang ke rumah dan beritahu ‘gangguan itu’ masih ada di rumah saya tetapi saya dan keluarga ambil langkah berjaga-jaga sebab risau jika ada pihak yang cuba ambil kesempatan,” ujarnya.

Namun ujarnya, buat masa ini keadaan semakin pulih dan tiada lagi gangguan di rumah tersebut yang turut didiami oleh ibunya serta dua adik lelakinya yang masing-masing berusia 12 dan empat tahun.

Sementara itu, perawat yang membantu Nurul Izah dan keluarganya menafikan gangguan dihadapi keluarga itu angkara sihir.

“Saya harap janganlah sebarkan perkara yang tidak pasti. Tolong jaga perasaan keluarga ini. Jangan timbulkan cerita yang bukan-bukan,” katanya.

 

 

 

 

 

 

 

Sumber:SH via mstar