Keprihatinan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mendapatkan kediaman Projek Perumahan Rakyat (PPR) untuk golongan penggiat seni veteran yang tidak berkemampuan memiliki kediaman sendiri dianggap satu usaha murni.
Golongan penggiat seni veteran juga seperti rakyat biasa memerlukan bantuan kerajaan, lebih lagi, apabila sudah berusia dan tidak lagi mampu bekerja.
Sebelum ini seramai 25 orang penggiat seni veteran menerima surat tawaran unit PPR di bawah Inisiatif Perumahan Komuniti Seni Prihatin yang diusahakan oleh FINAS dan KPKT pada awal September lalu. Antara penerimanya adalah bintang filem Prebet Lapok, Tawil, 68.
Bagaimanapun,entah di mana silapnya sehingga hari ini, unit PPR yang dijanjikan masih belum diperoleh.
Justeru itu ia menyebabkan rasa kece-wa pelakon veteran terbabit kerana ia ibarat menanti buah tidak gugvur.
“Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menjanjikan unit PPR boleh diduduki, bulan ini. Namun, hingga sekarang, tiada khabar berita.
“Apabila bertanya pada DBKL, mereka beritahu ia tergantvng kepada bahagian perakaunan. Apabila tanya peguam, lain pula jawapannya. Ada yang mengatakan saya perlu menunggu disebabkan Perintah Kawa-lan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang masih dikuat kuasa.
“Saya seperti kena tend-ang sana sini. Saya tidak tahu mana harus menga-du untuk menyelesaikan masa-lah ini kerana masing-masing berdolak-dalih.
“Bukannya apa, Lembaga Zakat Selangor (LZS) sudah menyelesaikan bayaran rumah sebanyak RM35,000 untuk unit PPR Seri Aman, Kuala Lumpur yang saya peroleh pada Oktober lalu. Saya juga sudah menandatangani dokumen, tetapi menerima perjanjian jual beli rumah, awal Disember. Disebabkan itu, saya tidak lagi menerima bantuan bulan LZS,” katanya lagi.
Sebelum ini, Tawil adalah penerima bantuan LZS bagi kategori golongan asnaf apabila tidak mampu bekerja akibat penya-kit lutut, saraf dan da-rah rendah.
“LZS membayar sewa rumah saya, selama ini. Apabila saya mendapat rumah PPR, LZS membayar secara tunai kepada DBKL untuk saya. Bagaimanapun, status sebagai golongan asnaf dan penerima bantuan LZS dibat-alkan.
“Saya tak mampu bayar sewa rumah sebanyak RM500 sebulan tanpa bantuan LZS. Saya tiada pendapatan tetap selepas tidak berlakon, sejak enam tahun lalu. Saya kini ri-sau tiada duit nak bayar sewa rumah.
“Sebelum ini, DBKL memberitahu, saya boleh memasuki rumah PPR pada Disember atau Januari. Tetapi, sudah masuk Januari, tetapi masih tiada khabar berita.
“Apabila saya tidak berp-indah, bermakna saya perlu membayar sewa rumah,” katanya yang menyewa rumah di Serendah, Selangor bersama isterinya, Azah Abdul Kahar.
Tawil atau nama sebenarnya, Abu Bakar Ahmad berkata, dia sudah bertanya pada DBKL mengenai penyerahan rumah, sebelum ini.
“Sebelum masuk rumah tentunya saya perlu menyelesaikan selesaikan proses penyerahan kunci, pembayaran deposit elektrik, air, insurans dan penyelenggaraan rumah. Itu belum lagi mungkin perlu membaiki rumah sekiranya ada ker0sakan.
“Jadi, apabila situasi ini berlaku bila saya akan masuk rumah? Paling cepat pun mungkin Februari depan. Jadi, saya kena bayar duit sewa rumah dua bulan lagi. Tempoh dua bulan itupun belum tentu boleh berpindah,” katanya.
Bekas kakitangan Institut Penyelidikan Perubatan Malaysia, Kuala Lumpur pada era 1960-an itu mendak-wa, dia juga k3sal apabila dalam surat tawaran yang diterima, unit PPR berkeluasan 700 kaki persegi.
Bagaimanapun, katanya, dia terk3jut apabila ditulis 650 kaki persegi dalam perjanjian jual beli rumah yang diterima.
“Tidak dinafikan, ramai rakan-rakan yang melihat kediaman PPR mengatakan rumah yang diberikan agak besar, tetapi saya k3sal kenapa ia tidak sama seperti dalam surat tawaran,” katanya.
Bapa kepada empat orang anak itu berharap, DBKL dapat memberi kerjasama untuknya memperoleh unit PPR dalam masa yang terdekat.
“Janganlah mempermainkan saya. Saya tahu apabila bersuara, mereka akan katakan saya bising, tetapi saya tak tahu mana perlu mengadvukan perkara ini.
“Saya se-dih perkara seumpama ini menimpa saya. Saya bukannya orang senang, mana saya nak dapat duit untuk membayar sewa rumah berbulan-bulan, sedangkan sudah lama tidak bekerja,” katanya.
Tawil berkata, luahannya bukan bermaksud tidak bersyukur, cuma agak kece-wa dengan kelewa-tan dan sikap acuh tak acuh pihak berkenaan.
“Saya bersyukur selepas memohon rumah menerusi Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia (PKAVM) sejak 2014, akhirnya dikurniakan rezeki rumah sendiri.
“Jujurnya, diberi bantuan unit PPR ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban. Ini kerana sewa rumah sekarang agak tinggi dengan bayaran RM500 sebulan. Tetapi, saya rasa seperti dipermainkan apabila dilayan sebegini,” katanya.
Sebahagian penggiat seni seperti penyanyi Ayati Tasrip dan pelakon Nor Albaniah sudah mula berpindah. Bukan hanya dapat kediaman, malah mereka turut menerima barang keperluan seperti peti sejuk, mesin basuh, almari, katil, televisyen (TV) dan sebagainya, Disember lalu.
Daripada 25 penggiat seni, 19 penerima ditawarkan kediaman di PPR Seri Aman Kuala Lumpur, manakala baki enam penerima lagi ditempatkan di PPR Lembah Subang 2.
Sumber:BH