Pengasas tudung jenama Fareha berkongsi sejarah awal penubuhan , “Modal RM500, mula-mula cuma jual 40 helai je, sekarang sampai tak cukup tangan!”

Setiap orang rezekinya berbeza-beza. Ada yang mula bisnes dengan modal beribu-ribu, ada juga yang berjuta-juta.

Bagi jenama tudung bawal anti-kedut yang semakin dikenali ramai,Fareha by Cik Fa,percaya tak pengusahanya hanya bermodalkan RM500 sahaja!

Kini, siapa sangka, dengan modal sekecil itu, dia berjaya mengaut hasil keuntungan yang berkali-kali ganda!

Syabas diucapkan kepada Nurul Fareha Anuar, 31 tahun kini sudah bergelar usahawan berbekalkan modal RM500.

Menurut Fareha atau mesra dengan sapaan Cik Fa, dia nekad berhenti kerja makan gaji untuk meneruskan niat mencari rezeki dalam perniagaan.

“Fareha by Cik Fa sudah bertapak dalam pasaran sejak tahun 2016 lagi. Bukan tidak bersyukur dengan rezeki hasil bekerja makan gaji tetapi saya mengharapkan sesuatu yang lebih baik untuk keluarga. Tiga bulan saya menganggur dan tunang, Mohd Yusri yang kini menjadi suami saya menjadi penyokong kuat dari segi mental dan kewangan.

Dalam masa tiga bulan, saya juga pernah menjual kosmetik tetapi tak berjaya. Terinspirasi daripada kawan baik sendiri yang berniaga tudung, akhirnya saya mengambil peluang untuk cuba menjual tudung juga. Duit simpanan sebanyak RM500 digunakan untuk membeli 40 helai tudung dan Alhamdulillah laku keras!

Cerita Fareha lagi,dia hanya menggunakan s0sial media iaitu Facebook sebagai medan mempromosi tudung. Apabila melihat kan tudungnya mula mendapat sambutan, selepas tiga bulan, dia mula mencari dropship dan ejen kerana tidak menang tangan mengambil pesanan dan menguruskan pos.

Menurut Cik Fa, sewaktu memulakan perniagaan dia langsung tidak mempunyai ilmu berniaga. Mujur suaminya ada di sisi untuk membantu dalam pengurusan kewangan dan perniagaan.

“Selama ini, Fareha by Cik Fa di ‘ampuh’ kuat suami saya. Dialah yang rajin menimba ilmu dan memberi idea serta ‘men0lak’ Fa untuk membuat sesuatu keputusan dalam perniagaan.
Fareha sangat istimewa kerana setiap rekaan corak yang dihasilkan adalah custom made. Kami mempunyai dua orang pereka dan mereka bebas untuk menghasilkan corak.

Tetapi, dalam pilihan corak diberi, saya akan membuat pilihan yang paling digemari pembeli. Memilih material untuk rudung bawal ini juga memerlukan ketelitian kerana jenama Fareha berpegang kepada moto kami iaitu ‘bawal antii kedvut’, mudah digayakan dan sesuai untuk dibawa ketika travel. Harga bagi setiap helaian tudung juga sangat berpatutan dan mampu milik,” katanya.

Menurut Cik Fa, jatuh bagun perniagaan nya ini turut dirasai bersama ejen dan dropship. Mereka juga yang turut sama menaikkan nama Fareha sehingga dikenali. “Di Fareha, kami juga mempunyai sistem stokis, ejen dan dropship. Setiap dropship misalnya akan mendapat keuntungan sebanyak RM5 melalui setiap helaian yang dijual. Mereka juga diberikan bahan pemasaran untuk disebarkan di media s0sial dan tidak perlu menyimpan stok.

Manakala stokis pula boleh mencapai keuntungan sehingga 50 peratus untuk setiap helaian. Dan tentutnya, stokis mendapat keuntungan 70% tetapi memerlukan modal sebanyak lebih kurang RM50,000. Hanya 13 orang stokis sahaja yang kami terima kerana mereka perlu bermula dari dropship terlebih dahulu.

Apabila anda bersama Fareha, semuanya akan mendapat penghargaan termasuk dropship kerana bagi saya, semua yang bersama-sama saya menjalankan perniagaan adalah penggerak utama Fareha. Rezeki kita kongsi bersama.” Katanya lagi.

Bercerita soal cabaran, Cik Fa akui ada perkara yang pernah ‘menjentik’ perniagaan namun masih dalam keadaan terkawal. “Pernah kami mengalami kervgian dek kerana material kain yang diharapkan tidak sama dengan napa yang diterima. Dan ada juga pesaing-pesaing yang cuba ‘mencvri’ designer Fareha tetapi Alhamdulillah cabaran itu dapat diatasi dengan baik.

Ketika penularan wa-bak Covid-19 Mac lalu, saya rasa sangat risau kerana kami sudahpun mempunyai koleksi tudung untuk dilancarkan sempena hari raya. Saya dan suami berselisih faham kerana pesanan sudah dibuat seawal Oktober 2019 lagi. Saya bimbang andainya tudung tak laku dijual.

Tetapi keputusan yang suami ‘paksa’ saya teruskan iaitu membuat tempahan awal akhirnya membuahkan hasil. Sales ketika wabak menular menjadi sehingga dua kali ganda! Saya bersyukur sangat kerana stok sudah awal-awal lagi berada di tangan kami. Hanya tunggu untuk dijual. Semua sold out!”katanya lagi.

Sempat meninggalkan pesan buat para wanita, Cik Fa menegaskan wanita perlu independent. “Sebagai wanita, kita jangan terlalu bergantung pada suami. Mulakan perniagaan dengan modal yang ada dalam tangan. Kalau sikit, sikitlah. Usaha adalah kunci untuk dapat ekstra.

Andai kita naik terlalu mudah, maka kita juga akan jatvh dengan mudah. Potensi untuk jatuh sangat tinggi.”katanya mengakhir perbualan.

 

 

 

 

 

 

Sumber:n0na