Murid terkejut jumpa bekas guru yang dih0rmati kini jadi gelandangan

Benar lah kata orang dulu-dulu, hidup ini ibarat roda. Sekejap kita dia atas,kejap kita di bawah.

Begitulah nasib yang menimpa seorang wanita di Kerala,Selatan India, yang dulunya seorang guru yang begitu dihormati masyarakat,  kini hanya mampu mere-mpat tak berumah, tak ubah seperti seorang gelandangan terbiar.

Difahamkan guru terbabit telah diting-galkan suami dan anaknya kira -kira enam tahun dahulu sebelum ditemui oleh bekas pelajarnya di sebuah stesen keretapi.

Menurut seorang kakitangan kerajaan yang dikenali sebagai Vidya, dia menemui guru berkenaan mere-mpat di stesen kereta api Thampanoor pada 5 November lalu ketika dia sedang menunggu rakannya.

“Ketika di stesen berkenaan, saya terpandang seorang wanita tua berpakaian kot0r dan lvsuh sedang memegang beg plastik, lantas saya terfikir untuk mengekorinya.

“Wanita tua itu juga dilihat memetik buah-buah dari pokok berhampiran lalu memakannya,” katanya memetik portal berita Timeofindia.

Vidya kemudian bertanya sama ada wanita tua itu lapar, biarpun pertanyaannya tidak dijawab, dia cuba memujuk dengan membelikannya makanan untuk mengajaknya berbual.

Daripada perbualannya, firasatnya kuat merasakan wanita itu seorang yang berpendidikan tinggi dan setelah mengajukan beberapa soalan, dia mendapati wanita itu merupakan seorang bekas guru Matematik.

Vidya kemudian berkongsi kisah menerusi di laman Facebook dan turut menyertakan nama sekolah tempat wanita itu pernah berkhidmat iaitu Sekolah Malapurram.

Dalam masa singkat ramai bekas murid mula mengec-am guru mereka yang dipanggil Teacher Valsa dan pernah mengajar mereka subjek Matematik.

Ramai bekas muridnya yang berasa terkes-an dengan kesusahan hidup guru mereka sekarang dan ingin membantu namun sebagai manusia bermarvah, Valsa men0lak dan berkata dia hanya akan tinggal bersama anak dan suaminya.

Sementara itu, lap0ran polis dibuat bagi kes peng-abaian keluarga dan pihak polis akhirnya berjaya mengesan adik perempuan Valsa, namun suami dan anaknya masih belum ditemukan.

Sikap prihatin bekas anak murid ini patut dipuji walaupun realitinya kisah bekas guru yang  diabaikan keluarganya ini amat menyayat hati.

Sebagai guru, amat besar jasanya dalam membentuk sahsiah peribadi seseorang, namun mala-ngnya dia pula diabaikan oleh ahli keluarganya sendiri tanpa belas dan kasihan.

Jasa guru mesti dikenang kerana tanpa mereka tak mungkin kita pandai membaca dan menjadi manusia berguna.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber:KawKawViral